auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Harga Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Rumah. Papar semua catatan

27 September 2012

Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi

Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi. Ramai yang mengeluh harga rumah tinggi, harga rumah naik, kos sara hidup tinggi, sewa rumah naik dan tinggi. Semuanya isu asas dalam kehidupan masa ini yang perlu ambil berat dan selesai isu harga rumah tinggi. Kerajaan perlu lantik Jawatan Kuasa Khas peringkat Parlimen atau kementerian perumahan untuk kaji kenapa harga rumah naik dan bagaimana cara atasi harga rumah tinggi.

Pada peringkat awal saya boleh beri 2 sebab utama kenaikan harga rumah.

  1. Pertama faktor dalaman yang melibatkan kos bahan, kos upah, kos tanah dan kos keuntungan oleh pemaju. Kos bahan paling perlu di beri perhatian utama dalam bajet 2013, agar kerajaan ambil langkah positif menyekat kenaikan harga bahan utama dalam industri binaan di Malaysia. Pemaju disaran jangan buat untung banyak sangat, Padan patut sudahlah.
  2. Kedua ialah faktor luaran yang melibatkan aktiviti spekulasi dan peranan agen hartanah yang membeli dan menaikan harga rumah dengan sewenang wenangnya melalui aktiviti jual beli singkat. Beli hari ini dan bulan depan jual semula. Misalnya agen hartanah beli 200,000 ribu kemudian jual pada 2 bulan akan datang dengan harga RM250,000. Untung atas angin RM50,000.00. Ini satu contoh apa yang berlaku di bandar besar negara ini.
  • Dengan demikian harga bagi rumah lain yang berhampiran akan naik dan naik. Pada hal kos asal ialah RM200,000.00
  • Persoalannya bagaimana nak kawal harga kalau aktiviti macam ini berlaku. Ia juga akan membina persepsi negatif bahawa harga rumah naik di kawasan ini dan kawasan itu. Pemaju lain juga akan memain harga mengikut harga semasa. Lama kelamaan kita akan lihat harga rumah semakin meningkat
IKLAN 1

11 Julai 2012

Trend Harga Rumah Meningkat

Trend Harga Rumah Meningkat dari tahun ke setahun. Statistik dari The Malaysian House Price Index menunjukan bahawa terdapat peningkatan Harga. Misalnya pada tahun 2008 indeks harga rumah bagi semua kategori ialah 4.7% kemudian tahun 2010 indeks 6.7% dan tahun 2011 indeks meningkat 9.9%.

Kita harap trend ini tak meningkat dengan mendadak untuk tahun 2012. Sebab kita mahu rakyat hidup dalam kos hidup yang sederhana dan tidak dibebani kos sara hidup yang tinggi. Kita harap pelabur tidak membuat spekulasi agar harga rumah meningkat.

Ramai yang memerlukan rumah, tapi tak mampu memiliki kerana harga yang tinggi.
IKLAN 1

10 Julai 2012

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi. Ini adalah cadangan saya bagi mengawal kenaikan rumah yang semakin melampau ketika ini, khasnya di negeri yang berkepadatan tinggi penduduk. Ya saya tahu harga rumah berdasarkan pasaran. Tapi sebagai pembeli kita ada hak, apa hak kita? Hak kita ialah menentukan dan mendapat harga rumah yang murah dan berpatutan harganya. Kita punya duit, kita punya rumah lah.

Orang ada duit mereka beli rumah dan jual, bagi kita yang pendapatan sederhana harga rumah melebihi 300,000 adalah suatu beban, sedangkan mendapat rumah antara 100,000 dan 300,000 ada suatu masalah.

Antara faktor yang mentukan faktor harga rumah ialah:
  1. Lokasi dengan pusat bandar
  2. Harga bahan binaan yang tinggi
  3. Kos buruh yang semakin meningkat
  4. Aktiviti spekulasi oleh pelabur hartanah
  5. Kurang desakan atau tekanan dari bakal pembeli, agar harga rumah di kurangkan.
 APA KATA PERSATUAN PENGGUNA, TUBUH UNIT PEMBELI RUMAH, kita desak kerajaan kawal harga rumah, atau sebagai pembeli kita boikot harga rumah yang tinggi, agar pemaju tidak sewenang-wenang naik harga rumah. Jangan beli rumah yang mahal !!!!!

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.

  
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE