auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Tips Hartanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Hartanah. Papar semua catatan

29 Julai 2012

Cara buat duit dengan rumah

Cara buat duit dengan rumah
Cara buat duit dengan rumah. Beli dan jual rumah, itu sahaja rahsia saya nak dedahkan disini bagaimana nak kaya dan buat dengan rumah anda. Nak tahu teknik nak kena belajar dari orang yang pengalaman. Hanya orang yang ada ilmu sahaja boleh cerita bagaimana nak buat duit dengan aktiviti jual beli rumah.

Di bawah ialah pengalaman pembaca panduan Cara buat duit dengan rumah.

Ebook yang dihasilkan oleh saudara Team Rahsiarumah ini dah cukup membantu saya untuk mula membeli rumah yang terpakai. Di dalam ebook ini, pembaca akan didedahkan secara jelas apa yang patut diketahui sebelum melakukan apa jua bentuk pembayaran kepada pemilik asal rumah itu.

Kata kunci dan tips yang di utarakan adalah sangat jelas dengan apa yang saya mahukan melalui tajuk ebook ini. Selain itu, penulis juga turut mengasingkan warna font bagi setiap peringatan penting atau apa jua
yang berbentuk larangan. Ianya sangat bagus dan akan membantu para pembaca.

Tahniah pada Team Rahsiarumah. Ebook #1 di Malaysia yang menceritakan secara jelas mengenai tips untuk membeli rumah yang terpakai.. :) TENGKU FARIS Network (TR0101926-K)

 Tujuan saya kongsi ebook ini, untuk memberi peluang anda mendapat ilmu jual beli rumah dan anda akan di ajar langkah demi langkah bagaimana menghasilkan pendapatan lumayan dengan Rumah yang anda beli. Saya yakin ia akan membantu anda yang minat dalam bidang hartanah.

Dengan ilmu yang cukup anda tak perlu modal besar, yang penting ialah teknik dan rahsia bagaimana menghasilkan pendapatan dengan rumah.

Untuk menerokai pengalaman dan ilmu, anda WAJIB KLIK banner di bawah:
IKLAN 1

23 Januari 2012

Laporan Status Pasaran Harta Tanah

Laporan Status Pasaran Harta Tanah 2011 anda boleh lihat di laman Jabatan Penilaian dan Hartanah Malaysia.

Link Laporan Status Pasaran Harta Tanah
IKLAN 1

21 November 2011

TIP UNTUK MEMBELI RUMAH


TIP UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU KEDAI, Berikut ialah panduan dan tips bagaimana nak membeli hartanah seperti rumah, rumah kedai, kedai pejabat, apartment dan sebagainya.

1. Cari atau beli hartanah (bangunan /tanah) pada harga rendah

2 Pilih lokasi yang strategik, lokasi yang boleh jual semula. Jika anda beli kawasan yang anda sendiri tak mau duduk atau susah nak jual maka agak sukar anda mendapat untung yang banyak. Lokasi yang sesuai ialah berdekatan industri, dekat bandar, dekat kawasan pusat pengajian, ada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infra yang lain.

3. Hartanah yang anda beli, menepati kehendak undang-undang. Seperti tanah pegangan bebas, pajakan atau rizab melayu. Pegangan bebas mudah dijual semula.

4. Boleh jual. Kalau anda beli bangunan dan sukar hendak jual, apa guna anda membeli. Bagaimana nak buat duit kalau sukar jual. Jadi kena hati-hati membeli hartanah.

5. Membeli hartanah di bandar besar atau bandar yang sedang berkembang adalah suatu pelaburan yang bijak

6. Kira pendapatan anda bulanan

7. Kira perbelanjaan anda bulanan

8. Maklumat harga belian, berapa bayaran muka dan berapa harus anda pinjam

9. Kemudian anda perlu kira berapa bayaran bulanan yang perlu anda buat

10. Tanya soalan kepada penjual, kenapa dia menjual, bila nak jual, kalau tak dapat jual pada tarikh tersebut, bagaimana. Jawapan yang anda terima akan memberi gambaran samada dia terdesak atau tidak.

11. Dapatkan maklumat hartanah seperti berikut :

  • Lokasinya sesuai atau tidak (alamat)
  • Jenis hartanah, rumah teres, apartmen, rumah kedai atau banglo
  • Luas lantai
  • Bilangan bilik air, stor dan lain-lain
  • Arah kedudukan, hadap matahari jatuh atau bertentangan
  • Umur bangunan


Maklumat geran seperti no PT, mukim, daerah, jenis hakmilik bebas atau pajakan, jenis kegunaan, berapa cukai tanah, cukai tafsiran dan CF.

Dapatkan maklumat pemaju atau penjual dari segi, Alamat, Telefon, Faks, no pemaju, harga diminta, baki pinjaman tertunggak, nama bank yang ia buat pinjaman dulu, bayaran bulanan yang ia sedang bayar, jangkamasa pemilikan, Rekod atau sejarah pemaju tersebut.

Periksa dari segi jalan masuk, keadaan rumah sebelum masuk dan anggaran pembaikan yang perlu dibuat. Untuk lebih detail anda perlu lihat keseluruhan bangunan yang hendak beli, seperti sistem paipnya, sistem najisnya, sistem elektriknya, keadaan lantai, dinding, siling, atap, bilik air dan sekitarnya. Jika terlalu banyak kerosakan anda harus memikir semula untuk membeli, kerana kos pembaikan adalah kos tambahan yang perlu anda tanggung. Carilah bangunan yang kurang bermasalah.

Lain-lain seperti bil elektrik dan air bulan lepa, jika rumah itu sudah bertuan, nak tahu bil api masih tertunggak atau tidak, nak tahu bahawa siapa pemilik asal rumah berkenaan
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE