auto iklan

20 November 2011

Sebab Kelewatan Projek Binaan


Sebab Kelewatan Projek Binaan , Sebelum ini kita membincang kelewatan projek yang boleh dituntut Kali ini kita bincang pula, Kelewatan Disebabkan Oleh Klien atau pemilik projek, Di antara sebab kelewatan yang termasuk dalam kategori kelewatan yang boleh dituntut termasuklah masalah rekabentuk, perubahan oleh klien, ‘Act of God’ yang boleh diperjelaskan seperti berikut:

i. Perubahan Skop Kerja

Perkara ini terjadi di mana klien memberi arahan terhadap rekabentuk asal yang tidak memenuhi keperluan sebenar. Kadangkala perubahan rekabentuk ini akan mengambil masa yang agak panjang untuk direkabentuk semula oleh arkitek. Perkara ini membolehkan kontraktor menuntut lanjutan masa.

ii. Lewat Memberi Milik Tapak

Kontraktor yang telah dilantik tidak dapat memasuki tapak disebabkan oleh halangan di tapak, di antaranya seperti pemilik yang masih enggan berpindah. Dalam keadaan tertentu, mungkin
juga terdapat sistem kabel yang masih belum dapat dialihkan dari tapak pembinaan kerana belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

iii. Kelewatan Dalam Pembekalan Bahan Yang Sepatutnya

Dibekalkan Oleh Klien Pemilik yang bertanggungjawab dalam membekalkan bahan gagal berbuat demikian mungkin disebabkan tiada bekalan dalam pasaran ataupun pemilik menghadapi masalah kewangan. Dalam situasi ini kontraktor berhak menuntut pampasan atau lanjutan masa.

iv. Lukisan Pembinaan Yang Tidak Lengkap Di Mana Melibatkan Spesifikasi dan Maklumat Terperinci


Perkara ini melibatkan penyediaan pelan yang tidak lengkap di mana terdapat percanggahan maklumat yang melibatkan spesifikasi dan pelan pembinaan. Pembetulan perlu dibuat sama
ada terhadap spesifikasi atau pelan yang menyebabkan kontraktor tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan.

v. Lewat Menerima Bayaran Kemajuan

Kontraktor tidak atau lewat mendapat bayaran kemajuan sebagaimana jumlah tuntutan yang telah dibuat kepada pihak klien atau pihak klien mengalami masalah kewangan yang menyebabkan bayaran kemajuan tidak dapat diproses sehingga peruntukan semula diperolehi.


vi. Adanya Perubahan Kepada Rekabentuk

Perubahan rekabentuk terjadi apabila klien membuat pertukaran rekabentuk struktur binaan bagi pembinaan yang telah siap atau perubahan kerja semasa pembinaan sedang berjalan.
Oleh itu pihak pemilik projek hendaklah sentiasa mematuhi peraturan dan perjanjian kontrak dengan pihak kontraktor supaya semua arahan atau perubahan yang dibuat tidak menjejaskan tempoh penyiapan projek.

Sekiranya tuntutan dibuat terhadap perkara-perkara yang tersebut di atas, maka pihak klien tiada pilihan selain dari memberi kelulusan tambahan masa dan perlu memberi pampasan yang mana akan melibatkan pertambahan kos. Pihak klien hendaklah sedar tentang risiko yang akan dihadapi daripada peringkat awal projek lagi sekiranya berlaku apa-apa perubahan ke atas
kontrak.

Sekiranya kawalan tidak dilakukan daripada awal akan menyebabkan kos kontrak menjadi tinggi dan memberi kesan kepada tempoh penyiapan sebenar projek.

Baca juga sebab kelewatan boleh tuntut

Rujukan : http://eprints.utm.my/5056/1/IdrisAliasKPFKA2006TTT.pdf
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE