auto iklan

23 Ogos 2012

Cara mengurangkan kos binaan rumah

Cara mengurangkan kos binaan rumah harus dijadikan elemen penting dalam melaksanakan projek perumahan untuk rakyat. Antara faktor kos binaan yang penting yang perlu diambil kira ialah kos:
  1. Kos Tapak
  2. Kos piling atau cerucuk
  3. Kos struktur binaan
  4. Kos bumbung
  5. Kos kemasan lantai atau dinding
  6. Kos siling
  7. Kos upah
  8. Kos mekanikal dan elektrik
 Kos Tapak -Untuk jangkamasa panjang, kerajaan perlu ada bank tanah dengan membeli tapak rumah untuk rakyat. Jangan biarkan tapak rumah atau tanah sebagai elemen yang membebankan dan menjadikan kos rumah meningkat. Syarikat perumahan Negara harus dijadikan agensi penting dalam soal menyediakan tapak rumah yang murah, supaya kos rumah menjadi stabil. Faktor manipulasi harga tanah perlu di elakan.

Kos Piling dan cerucuk - perlu di kaji semula. Piling boleh di buat sendiri oleh Syarikat Pemaju yang berwibawa dengan kos yang murah. Kos piling akan jadi murah bila rumah di bina di tapak yang stabil dan kukuh geologinya, bukan tanah paya atau lembab.

Kos struktur binaan - boleh dikurangkan apabila, kita merekabentuk bangunan yang tidak berat strukturnya, misalnya kita guna bumbung dan rangka yang ringan, dinding yang ringan (Gypsum board). Bila bangunan berat, kita perlu struktur tiang dan rasuk yang besar. Bila struktur besar kos pasti tinggi. Sebab itu design kena kira kos bahan yang akan digunakan.

Kos bumbung - cuba pilih bahan yang murah dan tahan, rekabentuk jangan terlalu 'over design' atau design yang sukar dibina. Buat bumbung yang mudah agar kos boleh dikurangkan.

Sistem IBS perlu dikaji agar ia dapat diguna dalam menyediakan rumah yang lebih murah.

Contoh kos dinding:
  • Dinding batu bata pasir tebal 115mm - RM38.00 /m2
  • Dinding Gypsum board - RM65.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 9mm - RM27.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 6mm - RM22.00 /m2
Faktor kos melibatkan elemen:
  • Jenis bahan
  • saiz binaan
  • Upah
  • Pengurusan projek yang melibatkan kaedah binaan dan operasi binaan

IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE