auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Cara kurang kos binaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara kurang kos binaan. Papar semua catatan

27 September 2012

Bajet 2013 Tangani segara isu harga rumah

Bajet 2013 Tangani segara isu harga rumah. Kita harap kerajaan tanggani dan atasi kenaikan harga rumah yang melampau. Kenaikan ini disebabkan faktor harga bahan dan upah yang melampau oleh pihak pembekal dan pemaju. Pemaju kata bahan binaan naik. Pembekal bahan binaan pula, kata bahan mentah naik. Betul kah bahan binaan di Malaysia naik. Kerajaan kena kaji, kalau betul apa tindakan kerajaan, kalau tak betul aoa langkah perlu buat.

Dalam bajet 2013 kerajaan jangan biar pembekal dan pemaju kuasai industri binaan kita. Kalau kerajaan ikut rentak mereka, masalah kos rumah dan projek lain akan meningkat. Keperluan rumah bagi rakyat bandar dan luar bandar amat mendesak.

Minta isu ini jadi fokus utama dalam bajet 2013. Kurangkan kos dalam binaan harus dikaji segera

IKLAN 1

Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan

Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan dalam bajet 2013
Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan dalam bajet 2013
Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan. Dalam bajet 2013 ini saya mencadang kos binaan dalam apa jua industri pembinaan di kurangkan agar harga jualan dapat di kurangkan. Misalnya kos rumah, pangsapuri, kedai, jalan, sekolah, dewan dan sebagai. Dengan pengurangan kos kita harap faedahnya akan dapat kepada rakyat dan kerajaan.

Pada rakyat mereka dapat harga yang murah, manakala kerajaan pula akan mengurangkan kos belanjawan untuk pembinaan infra dan kemudahan.

Tapi apa berlaku sekarang, setiap bulan dan tahun ada peningkatan kos. Sebab utama ialah kos bahan yang tidak di kawal kenaikan harga, Misalnya harga simen,harga besi,kayu, harga premik dan bahan mekanikal dan elektrikal.

Selain dari itu kos upah juga semakin tinggi selain kos keuntungan kontraktor atau pemaju dan kos tanah, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos binaan. Saya bukan anti pembangunan atau anti pembinaan, tapi kerajaan kena kaji bagaimana nak kurangkan kos binaan agar industri ini nampak sihat dan kompetitif. Kalau naik pun padan patut dan bukan ikut spekulasi harga.

Antara faktor kos yang perlu ambil kira ialah:
  • Design bangunan
  • Bahan dan jenis bahan
  • Upah
  • Tanah dan pemilihan lokasi
  • Guna teknologi yang murah
apa pandangan anda ? Kita harap kerajaan dapat membina rumah dengan kos murah.
Tangani kenaikan harga rumah

IKLAN 1

23 Ogos 2012

Cara mengurangkan kos binaan rumah

Cara mengurangkan kos binaan rumah harus dijadikan elemen penting dalam melaksanakan projek perumahan untuk rakyat. Antara faktor kos binaan yang penting yang perlu diambil kira ialah kos:
  1. Kos Tapak
  2. Kos piling atau cerucuk
  3. Kos struktur binaan
  4. Kos bumbung
  5. Kos kemasan lantai atau dinding
  6. Kos siling
  7. Kos upah
  8. Kos mekanikal dan elektrik
 Kos Tapak -Untuk jangkamasa panjang, kerajaan perlu ada bank tanah dengan membeli tapak rumah untuk rakyat. Jangan biarkan tapak rumah atau tanah sebagai elemen yang membebankan dan menjadikan kos rumah meningkat. Syarikat perumahan Negara harus dijadikan agensi penting dalam soal menyediakan tapak rumah yang murah, supaya kos rumah menjadi stabil. Faktor manipulasi harga tanah perlu di elakan.

Kos Piling dan cerucuk - perlu di kaji semula. Piling boleh di buat sendiri oleh Syarikat Pemaju yang berwibawa dengan kos yang murah. Kos piling akan jadi murah bila rumah di bina di tapak yang stabil dan kukuh geologinya, bukan tanah paya atau lembab.

Kos struktur binaan - boleh dikurangkan apabila, kita merekabentuk bangunan yang tidak berat strukturnya, misalnya kita guna bumbung dan rangka yang ringan, dinding yang ringan (Gypsum board). Bila bangunan berat, kita perlu struktur tiang dan rasuk yang besar. Bila struktur besar kos pasti tinggi. Sebab itu design kena kira kos bahan yang akan digunakan.

Kos bumbung - cuba pilih bahan yang murah dan tahan, rekabentuk jangan terlalu 'over design' atau design yang sukar dibina. Buat bumbung yang mudah agar kos boleh dikurangkan.

Sistem IBS perlu dikaji agar ia dapat diguna dalam menyediakan rumah yang lebih murah.

Contoh kos dinding:
  • Dinding batu bata pasir tebal 115mm - RM38.00 /m2
  • Dinding Gypsum board - RM65.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 9mm - RM27.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 6mm - RM22.00 /m2
Faktor kos melibatkan elemen:
  • Jenis bahan
  • saiz binaan
  • Upah
  • Pengurusan projek yang melibatkan kaedah binaan dan operasi binaan

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE