
Link Laporan Status Pasaran Harta Tanah
sumber : CIDB
R6 maksud 6mm diameter garispusat, atau Y32 ialah 32mm diameter atau garispusat besi.
“Penyediaan sistem MRT adalah projek prasarana awam terbesar dilaksanakan kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang dan dapat memberi faedah sangat besar kepada ekonomi negara serta rakyat secara amnya.
“Malah, ia menandakan pencapaian penting dalam sejarah negara kerana bakal menjadi pemangkin untuk merealisasikan aspirasi menjadikan ibu negara sebagai antara 20 bandar raya paling sesuai didiami di dunia selain berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya sebelum melancarkan projek itu di sini, semalam.
Pada majlis sama, PM turut mengumumkan penjajaran muktamad bagi laluan sistem MRT sekali gus menyaksikan kerja awal bagi jajaran SBK bermula dengan kerja pembersihan tanah di tiga lokasi iaitu di Sungai Buloh, Semantan dan Cochrane, manakala kerja sivil hanya akan dimulakan menjelang November ini.
Kos MRT
Projek berharga RM40 bilion itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pertengahan tahun depan meliputi laluan ke Serdang, Cheras, Kepong, Damansara, Subang Jaya dan Puchong.
Panjang Laluan
MRT Sungai Buloh-Kajang di jangka bermula Jun 2012. Menurut Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Kwan Foh Kwai, MRT Sungai Buluh Kajang dijangka akan merancakan Industri binaan negara ini. Ia akan memberi penawaran luas dalam bidang pembekalan tenaga kerja dan bekalan perkhidmatan dan bahan binaan.
Dato Seri Najib telah melancarkan MRT ini pada Julai 2011. Sempena pelancaran itu, satu pameran akan diadakan, yang antara lain, menjejaki sejarah sistem pengangkutan awam di negara ini dan maklumat terkini tentang projek MRT.
MRT ini merentasi laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang dengan melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras, yang terkenal kerana kepadatan penduduknya, MRT merupakan projek prasarana terbesar Malaysia dan projek terbesar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).
Apabila siap sepenuhnya pada 2016, MRT akan memberi kemudahan kepada lebih 10 juta penumpang di Lembah Klang dan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Lembah Klang dijangka beralih menggunakan pengangkutan awam.
Prasarana dilantik sebagai pemilik MRT, manakala SPAD diberi amanah sebagai penyelianya.
Pelaksanaan projek ini diumumkan Perdana Menteri pada Jun 2010. Ketika mengumumkannya, Najib berkata projek ini perlu dilaksanakan untuk memperkemaskan prasarana pengangkutan di ibu negara dan menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya saing daripada segi ekonomi di peringkat global. – BERNAMA
Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Kwan Foh Kwai berkata, perkembangan itu bagaimanapun bergantung kepada kadar kecepatan projek terbabit dilaksanakan.
“Pelaksanaan besar-besaran projek yang dirancang kerajaan antaranya MRT (Transit Aliran Massa) dan Greater KL memerlukan banyak pekerja berkemahiran dalam industri baik dari dalam mahupun luar negara.