Tujuan utama dasar tandas nasional ialah:
- Memastikan satu piawai rekabentuk yang mutu dan kualiti
- Memastikan pengurusan Tandas Bilik Air yang cekap dan bertanggungjawap
- Memastikan pemantauan dijalan secara berkala dan sistematik
- Memastikan pihak yang mengurus atau syarikat yang layak sahaja dibenar mengurus tandas awam
- Kempen guna tandas di perluas dan tersusun, Cara basuh dan cuci perlu di beri penekanan dalam kempen
Kemudahan tandas juga perlu ‘heavy duty’ kerana penggunaan yang kerap. Banyak Lagi kemudahan tandas tidak boleh terus dibeli dari kedai hardware sahaja. Peralatan perlu mematuhi piawaian tertentu
Jadi sampai masanya rakyat kita kena bayar lebih bagi mendapat servis yang baik dan kualiti di negara ini, PBT boleh sub atau swastakan tandas awam supaya mutu dapat di tingkatkan.
2 faktor kena ambil kira, pertama kualiti binaan tandas dan kualiti alatan tandas, Kedua kualiti pengurusan tandas. Keduanya saling berkaitan untuk memastikan tandas kita bersih.