Dimana pekerja binaan negara ini? Orang jadi hairan ke mana pekerja kita hingga kerajaan terpaksa ambil pekerja asing untuk membina bangunan dalam negara ini.
Saya pun tanya kemana pergi budak budak IKM, GIAT MARA, KOLEJ VOKASIONAL, CIDB, DUSUN TUA, AKADEMI BINAAN dan perbagai pusat latihan lain yang banyak di negara ini.
Oh rupanya salah target. Mereka di latih hanya kerja pengurussn seperti penyelia dan teknikal di tapak. Tak ramai yang di latih menerap bata dan plaster bekerja sebagai buruh binaan yang mahir di dalam industri binaan.
Syarikat utama atau main con biasanya akan sub buruh pada kontraktor lain. Jadi subcon yang biasanya cari pekerja. Untuk cepat kerja mereka akan cari pekerja asing yang sanggup kerja di panas terik dan lasak.
Kita perlu rangkaian pembekal pekerja tempatan yang mahir dan mahu kerja lasak. Bukan tiada pekerja malaysia yang mahu bekerja dalam industri binaan tapi tiada inisiatif untuk kumpul dan latih semula dan bina team work serta kepala kerja yang ikhlas mengurus mereka.
Dalam industri binaan kita perlu mereka yang mahir cekap dan menghasil kualiti kerja yang baik. Kita juga tidak menolak keperluan pekerja separuh mahir dan pekerja am dalam industri ini.