List auction properties malaysia. More detail about auction properties malaysia, click link below.
29 Jun 2012
List auction properties malaysia
List auction properties malaysia. More detail about auction properties malaysia, click link below.
Harga Besi Y10 dan Y12 Perlis
Konraktor di perlis mengeluh harga besi meningkat, Misalnya Harga Besi Y10 dan Y12 Perlis antara RM2800 hingga RM2900, jun 2012. Sedangkan persangan harga tender semakin sengit. Bayang berapa ratus kontraktor kelas F di negeri kecil ini. Saya tel beberapa kedai bahan binaan di perlis.
Jadi kepada kontraktor jangan main harga, jika nak masuk tender, kena ambil kira kos bahan yang semakin meningkat. Letak harga munasabah. Jangan dok lawan harga.
Syarat layak mohon rumah mesra rakyat
Menurut PM, bagi menarik lebih ramai rakyat untuk memohon RMR, kerajaan turut mempermudahkan urusan permohonan iaitu pemohon hanya perlu mengisi borang secara online di pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing.
"RMR kaedah baru ini dibina dengan keluasan 1,000 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air serta yang lebih penting, harga yang ditawarkan adalah sama dengan kaedah pembinaan cara konvensional yang mengambil masa lama untuk disiapkan," katanya.
Sejak program berkenaan dilaksanakan pada 2002, sebanyak 20,308 unit RMR telah dibina dan pada tahun ini SPNB menyasarkan akan membina sebanyak 10,000 unit lagi dengan menggunakan kaedah pembinaan IBS secara keseluruhannya.
Sumber : Utusan Online
25 Jun 2012
Harga Premik dan Crusher Run Perlis
Harga Premik dan Crusher Run Perlis semakin meningkat tahun 2012 ini. Peningkatan kos bahan utama membina jalan ini akan meningkat kos tender. Kontraktor kena bijak mengira sebutharga mereka, kerana silap kira merana badan.
Harga semasa Premik ACB 20 RM166.00 untuk 1 Tan, Manakala untu Batu Crusher Run A RM17.60 untuk 1 tan.
Pengiraan Kos 1m2 premik untuk tebal 75mm. Bagaimana nak kira bang ?
1 m x 1m x 0.075 = 0.075m3 ( isipadu)
isipadu x ketumpatan = Berat premik
0.075 x 2.3 = 0.1725 tan
Ketumpatan = 2.3kg/m3 (angkatap) kalau ujian density anda akan dapat bacaan macam ini atau kurang
Jadi kos 1m2 = 0.1725 x RM166.00 = RM28.635 / m2
Angka di atas ialah kos ACB dalam m2 bagi ketebalan 75mm
Bagi tebal yang lain, misalnya 50mm atau 60mm, tukar sahaja kepada m dan guna formula di atas untuk kira kos 1m2.
Formula yg perlu di ingat:
isipadu x ketumpatan = Berat premik
Banyak student dan kontraktor tak tahu perkara ini, harap membantu, siapa tak faham sila tanya
18 Jun 2012
Gambar rekaan langsir menarik moden
Jika idea ini menarik sila kongsi di FB anda atau Twitter anda. Elyza's House of Window Dressings
Idea reka dan corak langsir kediaman
Gambar contoh rekabentuk langsir dan coraknya
Langgan:
Catatan (Atom)