Untuk mengurang kos atau menurun harga rumah, maka kos di atas kena turunkan. Mahukah pemaju perumahan mengurangkan kos mereka ? Bagi pemaju yang bertanggungjawap mereka sedaya upaya mengurang kos binaan.
Cadangan kerajaan mengambilalih kos infrastruktur amat saya alukan. Kos infra seperti jalan perumahan, longkang, paip air, pili bomba, tangki air luar adalah antara kos besar dalam projek perumahan. Kos infra ini akan di serap dalam kos jualan rumah. Siapa yang beli rumah akan menanggung kos ini. Sedangkan ia hanya mahu beli rumah.
Tapi kalau tak ada infra tak jadi kawasan perumahan pula, Saya amat sokong kerajaan bina infrastruktur kawasan perumahan dan selepas tu serah pada PBT untuk urus sampah dan penyelenggaraan. Kalau kerajaan mampu buat, lega rasanya, kerana harga rumah akan turun 40% (lebih kurang)
Jadi stattement Datuk Najib baru baru ini saya sokong