Prima Bina 123 Ribu Unit Rumah Tahun 2013, Tahun 2013 bakal melihat pertumbuhan pesat industri perumahan negara apabila Prima 1 Malaysia membina kira kira 123,000 buah rumah. Kita harap perkara ini akan segera di laksanakan. Sila baca Kelayakan Memohon Rumah Prima 1 Malaysia di bawah
Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membolehkan inisiatif itu dilaksanakan oleh Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan PR1MA untuk membina 50,000 unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" di Dewan Rakyat di sini.
Antara bandar utama itu ialah Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Bahru (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang)
.
Kelayakan Memohon Rumah Prima 1 Malaysia
- Warga negara Malaysia
- Umur 21 ke atas
- Pendapatan RM2500 hingga RM7500
- Tidak lebih 1 rumah pemilikan rumah lain bagi pasangan yang memohon
- Ikut syarat lain kerajaan negeri
- Tidak bankrap
Daftar segera di http://register.pr1ma.my/Account/Register
PR1MA Berhad
Aras 3, Block Barat, Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.
Pertanyaan
Umum | : info@pr1ma.my |
Pendaftaran / teknikal | : register@pr1ma.my |
komen saya
Saya harap kerajaan melaksana secepat mungkin pada tahun hadapan 2013, agar masalah kekurangan rumah mampu milik di atasi segera. Di tahun tahun akan datang harga rumah dan tanah akan meningkat. Kerajaan kena beli tanah murah dan kekalkan harga untuk 5 tahun agar rakyat mampu miliki rumah pada kadar sederhana.
Jangan biar harga rumah dimanipulasi orang pihak agen hartanah. Kita kena ada pendekatan mesra rakyat agar rumah mampu dibeli rakyat