auto iklan

10 Mei 2019

Lantai lamina laminated floor cara pasang

LANTAI LAMINA  ( LAMINATING FLOOR )

Lantai lamina merupakan pilihan lantai yang amat berkesan jika anda ingin menaikkan seri dalam rumah anda. Selain dari mudah dan cepat dipasang, harganya sangat berpatutan dengan astetik dan jangkahayatnya. Bagi common product 8mm yang dipasang untuk kegunaan kediaman biasanya pengilang memberi jaminan dari 10 – 15 tahun.

Rona kayu yang mencorak lantai lamina menyerlahkan rasa hangat dan mewah kepada ruang yang didominasinya. Ia juga menyediakan latar yang mampu menyokong serta menaikkan seri perabot serta elemen-elemen lain. Samada anda cenderung kepada gaya moden, kontemporari atau tradisional, lantai lamina sentiasa bersedia untuk mengadun dengan baik.

Terdapat banyak jenama lantai lamina di pasaran. Bagaimanapun oleh kerana ia produk hasilan teknologi, pada dasarnya jenama-jenama sebenarnya menampilkan produk-produk dengan kualiti dan spesifikasi yang setara atau standard. Apa yang penting, anda memilih produk yang berada dalam lingkungan bajet dan anda benar-benar menyukai warna, corak atau teksturnya.
Pemasangan biasanya dapat dilakukan dengan cepat dan tidak kotor. Lebih mudah jika ruang pemasangan kosong atau dikosongkan. Jika ruang pemasangan terdapat pelbagai perabot dan sebagainya, pihak kontraktor mungkin mengenakan caj bagi kerja-kerja pengalihan.

Jika lantai sedia ada adalah lantai jubin, jubin lantai tidak perlu dibuang. Pemasangan boleh dilakukan terus di atas lantai berkenaan. Bagaimanapun jika terdapat skirting jubin sedia ada, maka anda perlu membuat keputusan samada mahu mengekalkan skirting itu atau mahu menukarnya kepada skirting baru supaya ia benar-benar padan dengan lantai lamina baru anda.

Sudah tentu menukar skirting baru sesuai dengan lantai lamina yang baru akan menjadikannya lebih cantik tetapi ia akan melibatkan kos tambahan. Pihak kontraktor perlu membuang skirting sedia ada bagi membolehkan skirting baru dipasang. Jika anda mahu mengekalkan skirting lama, bahagian tepi lantai lamina hanya perlu dikemaskan dengan profil sisi yang sesuai.

Pada dasarnya masih ada kos tambahan untuk itu tetapi ia kurang sedikit berbanding menukar keseluruhan skirting. Satu lagi kebaikannya adalah, jika anda mengambil keputusan untuk kembali kepada lantai jubin anda itu, maka anda hanya perlu membuka lantai lamina dan presto, keseluruhan lantai jubin ada termasuk skirtingnya kembali seperti sedia kala.

Dari segi kos, kontraktor akan mengambilkira semua yang terlibat. Di kebanyakan iklan, mereka biasanya menyatakan hanya kos papan lamina dalam unit kaki persegi. Bagaimanapun kos itu biasanya belum termasuk kos-kos lain seperti kos pengangkutan, kos pemasangan, kos komponen-komponen lain seperti profil penyambung, profil penamat, skirting dan sebagainya.
Akhir kata, jika anda boleh menyediakan bajet, lantai lamina sememangnya suatu pilihan yang bernas untuk kediaman anda. Anda boleh mulakan dengan ruang-ruang tertentu dulu, misalnya bilik tidur utama untuk belajar merasai dan menikmatinya.
Komponen-komponen tambahan diperlukan dalam melengkapkan kemasan lantai lamina dan item-item ini mempunyai kos yang tersendiri.
Harga 1k2
Barang RM3.00 k2 hingga rm4.00 k2
Upah antara 1.00 hingga 3.00 k2

Cara pasang laminated floor

https://youtu.be/M9RGRuT6A5c

Sumber Fb kontraktor malaysia

IKLAN 1

13 April 2019

CARA DAN TEKNIK PEMASANGAN LAMINATED FLOOR PAPAN LAMINA


http://www.industribinaan.blogspot.com   TEKNIK DAN CARA PEMASANGAN PAPAN LANTAI LAMINATED FLOOR

LANGKAH PEMASANGAN SEPERTI BERIKUT,

1. lantai perlu mempunyai aras yang rata, ATAU level lantai konkrit

2. lantai perlu di bersihkan dari sampah dan bahan berhabuk

3. kemudian dipasang lapisan pvc plastik

4. pemasangan yang kemas papan laminated secara ikatan bata, ia lebih kukuh

5. kemas kini bahagian tepi dinding

HARGA PASARAN LAMINATED FLOOR ANTARA RM4.00 HINGGA RM6.00, BERGANTUNG JENIS PAPAN LAMINATED TERSEBUT

MEMANG LAWA JIKA NAK DEKO DECO RUMAH. Laminated floor pilihan pakar hiasan dalaman untuk design mereka


cara pasang laminated floor, cara pasang papan  lamina, papan lantai tirua, lantai komposit,

cara pasang laminated floor, cara pasang papan  lamina, papan lantai tirua, lantai komposit,

#laminatedfloor
#papanlamina
#carapasangpapanlantai



IKLAN 1

04 April 2019

KAYU KOMPOSIT, nampak macam kayu, ia tahan lama, tidak reput


KAYU KOMPOSIT, nampak macam kayu, ia tahan lama, tidak reput, WPC adalah satu kayu komposit, di gunakan perbagai. contoh, lantai komposit, pvc dan pagar komposit, dek kapal, diy dek, panel dinding luar, papan kotak bunga, papan pavilion, pagar komposit.

Pelbagai warna dan corak disediakan, yang boleh memenuhi semua keperluan pelanggan yang berbeza;
Pemesinan yang baik, merangkul, merancang, menggergaji, penggerudian dan lukisan boleh didapati;
Tahap kestabilan warna UV dan warna;Mudah dipasang dan Bersih;
Tahan cuaca, sesuai dari -40 hingga 60;
Tidak memerlukan lukisan, tiada gam, dan penyelenggaraan yang rendah;
Berlaku panjang untuk digunakan (waranti 10 tahun);

Saiz produk: Tawarkan Sampel Percuma / Peniaga Tempatan
Common Size:150x25MM ,140x23MM ,300x300MM ,146x19MM...
Saiz produk boleh disesuaikan.








IKLAN 1

25 Mac 2019

KEMPEN PEMILIKAN RUMAH PRIMA 2019 ALOR SETAR























Sukacitanya Tuan/Puan dijemput ke Jelajah PR1MA sempena Kempen Pemilikan Kediaman 2019. 
Kami menawarkan perkhidmatan “One Stop Centre” pada hari tersebut, dimana status kredit serta kelayakan 
pembiayaan kediaman PR1MA yang menjadi impian dapat disemak. 
Seterusnya, bakal pembeli boleh memilih unit kediaman yang diingini berdasarkan kelayakan tersebut.
 
Anda juga boleh kongsikan maklumat ini bersama saudara mara serta kenalan untuk manfaat bersama.
 
Pada hari tersebut, Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 
proses melengkapkan pendaftaran, permohonan dan pemilikan kediaman PR1MA di seluruh Malaysia.

Kempen Pemilikan Kediaman tersebut akan diadakan pada masa dan tempat seperti di bawah:
 
Tarikh             : 28 – 31 Mac 2019 (Khamis – Ahad)
Masa               : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat           : Booth 18, Aman Central Mall, 05100 Alor Setar, Kedah
Waze               : ­Aman Central
 
Kami menawarkan kediaman seperti berikut di negeri Kedah:
 
No
Senarai Projek
Pautan
1
Residensi Sungai Petani 1
(sedia didiami)
https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-sungai-petani-1-utara-kedah-sungai-petani/
2
Residensi Sungai Petani 2
(sedia didiami)
https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-sungai-petani-2-kedah-sungai-petani/
3
Residensi Kuala Ketil
(sedia didiami)
https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-kuala-ketil-utara-kedah-baling/
4
Residensi Simpang Empat 2https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-simpang-empat-2-kedah-alor-setar/
5
Residensi Junjonghttps://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-junjong-kedah-kulim/
6
Residensi Padang Mehahttps://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-padang-meha-kulim/
7
Residensi Sungai Ularhttps://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-sungai-ular-kedah-kulim/
 
Sila klik https://sales.pr1ma.my/my/properties-by-regions/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 42 lagi projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia. 
 
Bagi tujuan pembelian, Tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut. (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 3 salinan)
• MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada)
 
Bekerja di sektor awam/swasta:
• Slip gaji 3 bulan terkini , Penyata Akaun Bank terkini , Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini
 
Bekerja sendiri:
• Penyata Akaun Bank terkini , Penyata Komisen (6 Bulan terkini) , Penyata Akaun Syarikat terkini
 
PEMBELI BERSAMA mestilah suami / isteri, ibu bapa serta saudara kandung sahaja. NOTIS PENTING, 
kami juga menyediakan kaunter khidmat semakan Status Kredit (CCRIS) dari Bank Negara Malaysia 
dengan caj RM10.00. 
 
Anda juga boleh mengunjungi tapak pameran Jelajah PR1MA yang berdekatan anda dengan menyemak
 lokasi tersebut di facebook PR1MA Homes.
  
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami 
ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 6.00 petang) atau emelkan kepada info@pr1ma.my.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
 
IKLAN 1

10 Februari 2019

Harga bahan binaan asas di Perlis 2019

Berikut ialah harga bahan binaan terkini bagi kawasan negeri Perlis bagi bulan Feb 2019.

Jenis bahan binaan
1. Bata pasir /cement brick - RM0.24/biji
2. Simen konkrit lion composite cement - RM11.50 per bag
3. Batu 3/4" Granite - RM48/ela3
4. Pasir kasar sungai - RM55/ela
5. Frame besi with fix nako - RM45/nos
6. BRC A6 6' x 10' - RM60/sheet
7. Frame metal  34" x 83" - RM50/ nos
8. Besi bar R6  x 11m - RM8 / btg

Sumber :

ARBA BINA ENTERPRISE SDN BHD
BATAS LINTANG
SIMPANG 4
PERLIS

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE