auto iklan

22 Februari 2017

CARA PENILAIAN HARGA PAMPASAN TANAH

CARA MENILAI HARGA PAMPASAN TANAH
CARA PENILAIAN HARGA PAMPASAN TANAH YANG DI ambil pihak kerajaan..  Prinsip-prinsip Dalam Penentuan Pampasan. Dasar bagi menentukan pampasan yang berpatutan dalam pengambilan tanah terdapat dalam kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “tiada undangundang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai”.

Seksyen 2 kepada Jadual Pertama AKTA PENGAMBILAN TANAH (APT) 1960 menyatakan bahawa dalam menentukan amaun pampasan yang akan diberi bagi mana-mana tanah yang dijadualkan akan diambil hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:



a) Nilai pasaran sebagaimana ditentukan menurut Seksyen 1 Jadual Pertama;
11

b) Apa-apa kenaikan pada nilai tanah yang lain yang mungkin terakru kepada tanah tanah
lain yang dimiliki oleh orang yang berkepentingan disebabkan penggunaan
kepada tanah yang diambil;

c) Kerosakan, jika ada yang ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang yang
berkepentingan disebabkan oleh pemisahan tanah yang diambil itu daripada
tanahnya yang lain;

d) Kerosakan jika ada, yang ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang yang
berkepentingan disebabkan oleh pengambilan itu telah menyebabkan kesan
mudarat pada hartanya yang lain;

e) Jika disebabkan pengambilan, ia terpaksa berpindah rumah atau tempat
perniagaannya, perbelanjaan yang berkaitan yang ditanggung olehnya; dan

f) Di mana hanya sebahagian daripada tanah telah diambil, mana-mana akujanji oleh
pihak berkuasa untuk membina jalan, parit, tembok, pagar, atau lain-lain
kemudahan yang memberi manafaat kepada bahagian tanah yang tidak diambil,
dengan syarat bahawa akujanji itu adalah jelas dan dikuatkuasakan.

Seksyen 3 kepada Jadual Pertama, sebaliknya menyatakan bahawa perkara-perkara berikut
hendaklah tidak boleh diambil kira ketika menentukan amaun pampasan iaitu:

a) Perihal mustahaknya pengambilan itu;
b) Keengganan pemilik tanah untuk melepaskan tanahnya;
c) Apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh orang yang berkepentingan yang jika
dilakukan oleh orang persendirian, tidak akan menjadi asas satu tindakan guaman;
d) Apa-apa kesusutan nilai tanah yang diambil yang mungkin berlaku disebabkan
kegunaannya selepas pengambilan itu;
e) Apa-apa kenaikan nilai tanah yang diambil yang mungkin berlaku disebabkan
kegunaannya selepas pengambilan itu; dan
f) Apa-apa perbelanjaan berhubung dengan penambahan atau pembaikan kepada
tanah yang ditanggung selepas tarikh siaran perisytiharaan di bawah Seksyen 8,
melainkan penambahan atau pembaikan tersebut adalah perlu untuk memelihara
mana-mana bangunan, dan dalam kes tanah pertanian, ia adalah perlu untuk
meneruskan usaha-usaha penanaman di tanah itu.

IKLAN 1

19 Februari 2017

Harga genting tanah liat resort bali

Atap tanah liat konsep RESORT atau Bali Style.
Atap tanah ini adalah gabungan dari 2 atau 3 tone warna yang berbeza dengan setiap pallet sudah tersedia campuran tonenya.
Penggunaan bagi 1meter persegi bersamaan 12pcs sahaja.
Harga 2017
1 pcs RM3.00 untuk minima order 4000 pcs.
Boleh call atau whatsapp saya di 017-3131121 untuk makluman berkaitan. Tkasih.
#GentingClayRoof


IKLAN 1

14 Februari 2017

Harga genting tanah liat

Genting tanah liat. Atap yang sesuai untuk rumah di kawasan panas. Dengan atap clay ni rumah jadi sejuk.
Harga antara RM4.00 hingga RM5.00 sekeping mengikut lokasi. Saiz biasa 345mm  x 230mm.

Rumah nampak unik, kemas, cantik dan mahal. Rugi jika rumah banglo di pasang atap metal.

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE