auto iklan

Memaparkan catatan dengan label pengalaman penyelia tapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman penyelia tapak. Papar semua catatan

19 April 2014

Masalah kerja ditapak pembinaan

Masalah kerja ditapak pembinaan
Saya dulu lebih 10 tahun kerja di site pembinaan, Mula dari bawah sebagai kerani tapak, penyelia tapak kemudian pengurus tapak. Macam macam dilalui. Dari isu bahan binaan, pekerja dan pengurusan melibatkan pelanggan dan perunding.

Jika kita mula dari bawah kita akan jumpa perbagai golongan dalam industri binaan. Kita akan jumpa pekerja binaan dalam dan luar negara dari perbagai latarbelakang dan budaya. Seronok juga dapat tahu kisah hidup mereka dan paling penting semua bekerja untuk mendapat sesuap nasi dan menyara keluarga.

Teknologi bahan

Saya mula belajar mengenal bahan binaan dari peringkat kilang hingga sampai tapak kerja. Ini merupakan pengalaman berharga. Kita akan tahu mana bahan yang  bermutu dan sesuai. Sebelum bina kita di wajib hantar sample bahan nak di guna. Sebagai kontraktor kita cadang 3 alternatif bahan atau sample. Misalnya atap kita cadang 3 pembekal lengkap dengan spec.

Waktu ini kita akan kenal perbagai pembekal bahan binaan, ada yang datang sendiri membawa bahan sample serta katalog, ada juga yang kami pergi ambil di kilang atau pejabat mereka.

Pekerja

Pengurusan pekerja sangat penting, biasanya kita akan buat meeting dan akan beri garispanduan kerja di tapak. Kena bagi panduan dan peraturan tapak dari  awal masuk kerja. Kalau tidak susah nak control mereka nanti.

Soal gaji hujung bulan, pekerja atau sub con akan datang jumpa dan sering bertanya, bila gaji masuk. Kalau kita bos senang jawap. Macam saya site supervisor, hanya kira gaji dan detail akan beri pada pejabat bos. Kalau bos lambat bayar gaji, kita ditapak kena pekak telingga dengar perbagai pertanyaan dari subcon atau pekerja bawahan kita.

Biasa pekerja pinjam RM20 atau RM100 nak makan. Itu ceritanya. Kalau saya tak bagi esok kerja tak jalan. Sebab tu modal kerja sangat penting bagi kontraktor utama dan subcon subcon. Sebab payment dari JKR atau pemaju ikut progress dan kadang ikut jadual dan kadang lewat.

Teknikal

Soal teknikal dan selok belok pembinaan sangat penting, kalau kita silap arahan, dan bila berlaku masalah, Orang pertama yang di cari siapa jaga kerja waktu kejadian, So far tiada lagi kejadian buruk berlaku semasa kerja di tapak sejak 1992 hingga 2010.

Tipu

Jangan menipu spec semasa kerja di tapak, ikut spec yang di beri dan peraturan tender. Kalau silap dan dapat kesan oleh client, kita kena buat semula dan kontraktor akan rugi .

Lain lain hal

1. Kerja konkrit perlu di rancang rapi,
  • Semak besi perlu di urus penyelia dengan pihak penguasa JKR atau Perunding
  • Kuntiti kena kira tepat
  • Atur jadual penghantaran dengan lori readymix atau pembekal readymix. 
  • Atur alatan kerja dan pekerja yang cukup
  • Beritahu semua yang terlibat tarikh dan masa konkrit akan dilakukan
Jika anda tidak pastikan perkara diatas masalah kerja akan berlaku dan kerja akan jem atau tak dapat dibuat atau lewat.

2. Masa. Kerja di tapak kita di hambat masa, masa amat cemburu. Kerja ikut jadual, kena buat jadual kerja, kena rancang bahan sampai di tapak, kena rancang ambil pekerja, kena rancang mesin dan rancang kerja dengan teratur.

 akan di update nanti ....
IKLAN 1

10 Mei 2009

Tugas Penyelia Tapak - Site Supervisor


Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek. Penyelia projek ialah nadi kepada suatu projek binaan. Peranan mereka amat perlu dalam melancarkan perjalanan suatu projek.

Bila masuk kerja, sebagai orang baru, mesti rasa kosong dalam kepala, kena rajin baca pelan, rajin bertanya, lihat kerja yang sudah mula, sedang buat, kerja yang belum mula, kita banding dengan jadual. penyelia kena memahami kaedah kerja, kurang pasti kena banyak bertanya.

Antara tugas utama penyelia tapak ialah:


1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.

Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.

Kalau saya jadi majikan saya cari yang pengalaman, nak cari pengalaman kena mula dari bawah, biar gaji rendah, tapi pengalaman lebih mahal, minta kerja jangan fikir gaji, fikir aku nak ccari pengalaman
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE