auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Harga bahan binaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga bahan binaan. Papar semua catatan

01 Oktober 2013

Harga Bahan Binaan Terkini

Harga Bahan Binaan Terkini
Harga Bahan Binaan Terkini , bagi semenanjung Malaysia, sila download di link di bawah, harga bahan binaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, klik untuk download harga bahan terkini mengikut bulan dan tahun

Harga bagi minyak diesel adalah harga kawalan kerajaan yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Harga besi keluli, simen dan fabric reinforcement yang diterbitkan dalam Siaran Khas 1 ini diperoleh dari pungutan harga yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :-

Utara = Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
Tengah = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka,
Negeri Sembilan, Selangor dan Johor
Timur = Pahang, Terengganu dan Kelantan

Harga bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kuala Lumpur yang dibekalkan kepada kontraktor-kontraktor oleh pembekal-pembekal utama.
Semua harga yang tersebut di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar.


 
IKLAN 1

HARGA BAHAN BINAAN OGOS 2013

HARGA BAHAN BINAAN OGOS 2013 , KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM, SEMENANJUNG MALAYSIA, 

DOWNLOAD PERCUMA HARGA BAHAN TERKINI

Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :-
  1. Utara = Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
  2. Tengah = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka,
  3. Negeri Sembilan, Selangor dan Johor
  4. Timur = Pahang, Terengganu dan Kelantan
Harga bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kuala Lumpur yang dibekalkan kepada kontraktor-kontraktor oleh pembekal-pembekal utama.

Semua harga yang tersebut di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar.

IKLAN 1

19 Jun 2013

Harga bahan binaan sekitar Pulau Pinang 2013

Harga bahan binaan sekitar Pulau Pinang 2013,

Kerja-kerja konkrit - update 2013

  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 17.00/kg -
  • Bata simen - RM0.23 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 50 satu ela
  • Pasir halus - RM 55 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 55 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki - RM2500 /ton
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199

Sumber : http://binarumahsendiri.blogspot.com/2011/10/bahan-binaan.html
IKLAN 1

19 Julai 2012

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia. Pelaksanaan Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) meliputi tempoh 2006-2010. Pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan ini dijangkakan akan lebih rancak pada tahun kedua pelaksanaannya. Ini akan memberikan peluang kerja yang lebih banyak
kepada kontraktor-kontraktor yang selama ini mengeluh kekurangan kerja.

Peningkatan projek akan meningkatkan permintaan kepada bahan-bahan binaan. Ahli ekonomi meramalkan harga minyak mentah dunia akan melebihi USD100 per barrel dalam tahun 2008 berbanding harga
sekarang (antara USD 85.53 – USD 92.93). Kenaikan harga minyak ini akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran dan inflasi dunia. Malaysia tidak terkecuali akan menghadapi keadaan serupa. Keadaan ini akan melonjak kadar inflasi Malaysia dari 2.5% pada 2007 kepada kadar yang lebih tinggi dalam tahun 2008. Kesan inflasi ini akan menyebabkan :

1. peningkatan kos pengeluaran termasuk produk binaan dan pengangkutan / pengedaran.
2. peningkatan harga bahan mentah binaan
3. mengurangkan kuasa beli pengguna


Impak kenaikan kos pengeluaran dan harga barangan akan memperlahankan pelaksanaan
projek-projek pembinaan Kerajaan dan swasta. Cabaran utama dalam tahun 2008 adalah
kenaikan harga bahan binaan.

Cabaran kedua utama ialah mengalakkan lebih giat amalan binaan berindustri (IBS)
dikalangan
pemaju/klien, perunding dan kontraktor. Konsep IBS diperingkat awal pelaksanaan didapati
berhadapan dengan kos yang lebih tinggi sedikit daripada konsep konvensional kerana
pengeluaran komponen IBS belum mencapai tahap ekonomi bidangan (economic of scale).

Di dalam keadaan mudah mendapatkan ramai pekerja dengan upah yang rendah dan kesebatian
kepada amalan kerja konvensional, usaha untuk melakukan anjakan paradigma di kalangan
para penggiat industri adalah mencabar. Oleh itu, budaya amalan IBS perlu disemai bagi
negara memperolehi manfaat jangka panjang terutama dari segi kecukupan penawaran tenaga
kerja tempatan dan lestari alam sekitar.

Sumber : CIDB
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE