auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Isu industri binaan malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu industri binaan malaysia. Papar semua catatan

03 Januari 2016

CIDB PERLU PANTAU WAKTU KERJA DITAPAK BINAAN AGAR IKUT ISLAM

Saya pernah berkhidmat dalam bidang pembinaan hampir 20 tahun. Ini pertama kali saya nampak mesej yang baik ini. Pada masa saya kerja Waktu kerja di tapak binaan ialah 8.00 pagi hingga 12.00 dan 1 ptg hingga 5 ptg. Rehat 12 - 1.00. Sedangkan Zohor pukul 1 lebih.

Saya cuba ubah tapi tak berjaya. Situasi berlarutan hingga kini. Ramai pekerja muslim sukar solat di tapak binaan kerana waktu kerja di tentu secara tradisi oleh subcon bukan muslim.  Dulu saya biasa kerja dengan tauke cina. Nak berhenti solat kena curi masa. Bila tauke dapat tahu kena potong gaji.

Pembangunan kita majoritinya hasil tangan tangan pekerja yang tak solat. Mesej yang di tulis pada kren ini saya sokong 100%

CIDB sebagai sebuah badan pemantau dan kawal selia industri binaan malaysia pasti ada kuasa untuk selaras waktu kerja di tapak agar selari dengan syariat Islam.

Kita mahu industri binaan kita ada imej Islam dan mendapat Rahmat dari Allah yang menciptakan bahan bahan binaan kita

#IndustriBinaan
#CIDB
#Solat

IKLAN 1

19 Julai 2012

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia. Pelaksanaan Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) meliputi tempoh 2006-2010. Pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan ini dijangkakan akan lebih rancak pada tahun kedua pelaksanaannya. Ini akan memberikan peluang kerja yang lebih banyak
kepada kontraktor-kontraktor yang selama ini mengeluh kekurangan kerja.

Peningkatan projek akan meningkatkan permintaan kepada bahan-bahan binaan. Ahli ekonomi meramalkan harga minyak mentah dunia akan melebihi USD100 per barrel dalam tahun 2008 berbanding harga
sekarang (antara USD 85.53 – USD 92.93). Kenaikan harga minyak ini akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran dan inflasi dunia. Malaysia tidak terkecuali akan menghadapi keadaan serupa. Keadaan ini akan melonjak kadar inflasi Malaysia dari 2.5% pada 2007 kepada kadar yang lebih tinggi dalam tahun 2008. Kesan inflasi ini akan menyebabkan :

1. peningkatan kos pengeluaran termasuk produk binaan dan pengangkutan / pengedaran.
2. peningkatan harga bahan mentah binaan
3. mengurangkan kuasa beli pengguna


Impak kenaikan kos pengeluaran dan harga barangan akan memperlahankan pelaksanaan
projek-projek pembinaan Kerajaan dan swasta. Cabaran utama dalam tahun 2008 adalah
kenaikan harga bahan binaan.

Cabaran kedua utama ialah mengalakkan lebih giat amalan binaan berindustri (IBS)
dikalangan
pemaju/klien, perunding dan kontraktor. Konsep IBS diperingkat awal pelaksanaan didapati
berhadapan dengan kos yang lebih tinggi sedikit daripada konsep konvensional kerana
pengeluaran komponen IBS belum mencapai tahap ekonomi bidangan (economic of scale).

Di dalam keadaan mudah mendapatkan ramai pekerja dengan upah yang rendah dan kesebatian
kepada amalan kerja konvensional, usaha untuk melakukan anjakan paradigma di kalangan
para penggiat industri adalah mencabar. Oleh itu, budaya amalan IBS perlu disemai bagi
negara memperolehi manfaat jangka panjang terutama dari segi kecukupan penawaran tenaga
kerja tempatan dan lestari alam sekitar.

Sumber : CIDB
IKLAN 1

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9.

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9. Antara isu yang di ulas oleh CIDB dalam industri binaan semasa pelaksanaan RMK 9 adalah berkaitan, Isu kebergantungan kepada pekerja asing, kualiti serta produktiviti rendah, dan imej 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) merupakan isu yang masih menyelubungi sektor ini. Inisiatif memperkasakan kontraktor dan memodenkan sektor ini bagi menangani isu-isu yang disebutkan
telah dilakukan seperti :

i. menggalakkan konsep binaan berindustri (IBS)
ii. menggalakkan pemilikan persijilan ISO
iii. menggalakkan amalan pengurusan projek terbaik
iv. mempertingkatkan kemahiran pekerja
v. mengakreditasi kemahiran pekerja
vi. menerapkan penggunaan teknologi maju
vii. melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak kerja

Disamping isu-isu yang dinyatakan, isu kenaikan harga bahan binaan utama dan sistem penggajian turut melanda sektor pembinaan negara. Bagi mengawal kenaikan terhadap harga bahan kawalan seperti simen dan besi keluli bulat, kaedah penetapan harga siling yang lebih fleksibel akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya peningkatan harga dalam keadaan terkawal dan terurus. Amalan penggajian berdasarkan upah harian dan kerja didapati kurang menarik untuk kemajuan kerjaya.

Perkara ini merupakan halangan utama untuk menarik penglibatan tenaga kerja tempatan dan mengekalkan mereka dalam industri ini. Penambahbaikan kepada amalan penggajian dan kerjaya dalam sektor ini perlulah diberi perhatian oleh pihak industri supaya persepsi kerjaya sektor ini setanding dengan sektor lain.

Negara mampu melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan terlatih melalui pelbagai institusi latihan kemahiran yang sedia wujud. Sekiranya amalan penggajian sedia ada tidak berubah, dikhuatiri
segala usaha untuk membangunkan tenaga kerja tidak dapat memberi impak dalam sektor pembinaan sebagaimana yang diharapkan

Sumber : CIDB Malaysia

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE