Harga kerja bangunan anda boleh lihat di link di bawah.
http://rm2u.com/hargabangunan.zip
Friday, June 5, 2009
Harga atau kos kerja bangunan
Posted by rm2u.com at 8:15 PM 0 comments
Harga atau kos kerja civil / kejuruteraan awam
Harga itu anda boleh download di link di bawah.
Harga ini ada cuma garis panduan sahaja. Harga sebenar anda perlu semak dari pembekal bahan dan sub kontraktor berkenaan.
http://rm2u.com/hargacivil.zip
Posted by rm2u.com at 8:11 PM 0 comments
Wednesday, June 3, 2009
Bangunan Runtuh, Kelemahan Kejuruteraan

Kegagalan kejuruteraan dan pembinaan merupakan aspek utama apabila di kaitkan dengan bangunan runtuh.
Struktur bahagian bumbung seperti yang berlaku pada stadium terengganu, 2 hari yang lepas, membuktikan kegagalnya struktur binaan pada bahagian bumbung untuk menanggung beban.
Ada beberapa sebab kegagalan struktur.
1. Rekabentuk yang salah
Salah pengiraan beban yang perlu di tanggung untuk struktur yang di bina, Saiz besi kekuda mungkin kecil dan tidak menepati piawaian. Ini adalah sebahagian dari kegagalan jurutera perunding
2. Salah memilih bahan binaan
Bahan binaan seperti besi, merupakan bahan penting dalam binaan struktur bumbung stadium, bangunan atau rumah. Besi ada beberapa jenis, bulat hollow, segi empat hollow, I beam, H beam dan sebagainya. Dulu makmal komputer gagal dari segi struktur bumbung.
3. Gagal semasa binaan, di mana kontraktor gagal mematuhi pelan pembinaan, jika ini berlaku kontraktor perlu di ambil tindakan.
4. Gagal dalam pengawasan projek dan aspek teknikal pembinaan tidak di ambil kira
Mereka yang mengawasi perlu memastikan, bahan, saiz, kaedah pemasangan mematuhi pelan yang di buat. Jika pelan di ikut mungkin gagal dalam reka bentuk pelan.
Kajian teperinci perlu di buat samada kegagalan pelan binaan atau gagal dalam pembinaan.
Beban yang terlibat, meliputi berat bumbung, besi struktur, berat angin dan hujan. Semua perlu di ambil kira dalam penyediaan pelan bangunan atau struktur, seperti bumbung.
Posted by rm2u.com at 12:53 AM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
Box Culvert 1200 x 1200

Box Culvert 1200 x 1200 ialah bahan binaan pasang siap, untuk membina sistem perparitan yang praktikal dan mempunyai sistem aliran air yang cepat.
Selalu di bina di bandar-bandar utama dan juga di pengairan MADA.
Harga untuk 1 unit RM230.00 , harga di kilang dan termasuk penghantaran lingkungan jarak 20km. Sumber Bintong Redimix Sdn Bhd, Kuala Perlis
-----------
Sumber : Erete Sdn Bhd
PRECAST REINFORCED CONCRETE BOX CULVERTS
![]() |
![]() |
General Description
E-RETE has the facilities for the manufacture and load testing of the following types of box culverts:
(i) Standard Precast R.C. Box Culverts, widths in the range of 600 mm to 1800 mm:
(a) Box Culvert that comprises of a U-shape and a separate lid slab,
(b) Box Culvert that comprises of a U-shape section incorporated with a dry weather flow section and a separate lid slab; and
(ii) Large Precast R.C. Box Culverts, widths in the range of 2100 mm to 4800 mm:
(a) Box Culvert that comprises of a U-shape section and a separate lid slab,
(b) Box Culvert that comprises of a U-shape section incorporated with a dry weather flow section and a separate lid slab.
(iii) Standard Precast R.C. Open Drains, width in the range of 600mm to 1800mm
(a) Open Drain that comprises of a U-Shape
(b) Open Drain that comprises of a U-Shape section incorporated with a dry weather flow section
(iv) Large Precast R.C. Open Drains, widths in the range of 2100mm to 4800mm
(a) Open Drain that comprises of a U-Shape Section
(b) Open Drain that comprises of a U-Shape Section incorporated with a dry weather flow section
E-RETE can design & manufacture other size according to customer requirement upon request.
Posted by rm2u.com at 7:39 PM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Tugas Penyelia Tapak - Site Supervisor
Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek.
Antara tugas utama penyelia tapak ialah:
1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.
Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.
Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.
Posted by rm2u.com at 11:00 PM 0 comments
Friday, May 1, 2009
Kerja-Kerja Konkrit dalam pembinaan dan Harga bahan
Dalam industri binaan sekarang, industri konkrit 'ready mix' memain peranan penting dan ia merupakan bahan penting dalam pembinaan bangunan dan kerjq-kerjq civil. Ia mempercepatkan kerja pembinaan.
Terdapat beberapa grade konkrit:
1. Normal Mix 75+/-25mm limestone.
2. Normal Mix 75+/-25mm Granite
Harga Konkrit:
Limestone ---------- Granite
-------------------------------------------------------------------
G10 - RM163.00 ----- RM175.00
G15 RM168.00 ------- RM181.00
G20 RM175.00 ------- RM187.00
G25 RM183.00 ------- RM195.00
G30 RM192.00 ------- RM204.00
G35 RM202.00 ------- RM214.00
G40 RM214.00 ------- RM226.00
-------------------------------------------------------------------
Sumber MDC Apr 30 2009
Harga untuk limestone (batu kapur) lebih murah dari batu granite. Harga di atas perlu ditambah RM3.00 untuk JKR Mix
Pengiraan harga untuk 1m3 konkrit:
--------------------------------------------
Bahan G20 - RM175.00 /m3
Upah RM26.00 / m3
Mesin RM5.00 / m3
------------------
Jumlah Kos RM206.00 /m3
Add 10% profit RM20.60 / m3
Maka Kos harga kontrak - RM226.60 / m3
Posted by rm2u.com at 7:54 PM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
kERJA -KERJA KEJURUTERAAN AWAM
Salah satu kerja kejuruteraan awam ialah pemasangan paip bekalan air. Kami pernah memasang paip ms 1000mm diameter. Paip MS ini panjang 9.2m sebatang dan di angkat menggunakan excavator EX300 HITACHI. EX200 Tak sesuai kerana paip ini panjang dan berat hampir 4 tan setiap batang.
Harga Pasaran paip ms 1000mm dia x 9.2m ialah RM1015/per M dan ke atas. Harga tak menentu dan ia mengikut harga besi semasa di Malaysia.
Posted by rm2u.com at 8:41 PM 0 comments
Harga Box Culvert

1. Without dry weathear flow
1500mm x 1500mm x 1m - RM454.00 per set
3000mm x 3000mm x 1m - RM1800.00 per set
Kos kerja Box Culvert:
Meliputi kerja-kerja berikut;
a. Bahan binaan atau Box Culvert
b. Korek
c. Membuat asas atau kerja piling (mengikut design) biasa lapisan konkrit setebal 300mm atau 300mm tebal lapisan crusher run 2"
d. Kerja memasang upah tukang dan pekerja
e. Mesin seperti excavator atau kren untuk angkat dan letak box culvert
f. Kos menimbus semula dengan bahan sesuai. Kalau jalan guna bahan granular dan crusher run dan memadat dengan roller
g. Kerja menurap semula bagi jalan sediada atau laluan lama
h. Kos pengurusan dan profit
Jadi semua kos diatas harus di ambil kira semasa meletak harga kos membina dan memasang box culvert
Sumber bahan MDC
tel 04-399 9889
fax 04-3904689
Tarikh : 30 Apr 2009
Maklumat lanjut 012-4076297 Mr Lee
Posted by rm2u.com at 7:10 AM 0 comments
Monday, April 27, 2009
Kaedah Pengiraan Harga Premix
Harga membekal dan melabur premix biasanya dalam m2. Jadi macam mana nak tukar harga Tan kepada harga dalam m2.
Saya guna kaedah mudah sahaja.
Katakan harga premix (binder ACB) di kuari ialah RM150.00 per Mton
Manakala angkatap ketumpatan premix selepas di padat ialah 2.34kg/m3
Maka pengiraan untuk tebal ACB 60mm atau 0.06m, kiraan kos/m2 adalah seperti berikut:
- kos 1m2 = panjang x lebar x tebal x ketumpatan x Harga 1 MT = Kos / m2
- 1m x 1m x 0.06m x 2.34 x 150.00 = RM21.06 (Kos Bahan)
- Kos upah biasanya 1m2 = RM2.50
- Overhead dan profit 15% = 15% x (21.06 + 2.50) = RM3.53
- TOTAL KOS PREMIX ACB M2 = RM27.09 / M2
Bagi lapisan ACW 40mm kaedah yang sama digunakan
HARGA PREMIX UNTUK KAWASAN UTARA 140.00 HINGGA 160.00 PER TAN. Ia bergantung lokasi projek dengan kuari. Jika jauh kontraktor perlu bayar lebih untuk lori, jadi semasa memasuki tender anda perlu lihat lokasi projek dangan sumber bahan.
Posted by rm2u.com at 5:14 AM 0 comments
Sunday, April 26, 2009
Industri Binaan Di Gunakan Untuk Pertumbuhan Ekonomi
Sekali lagi industri ini memain peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan nampaknya telah mengumumkan peruntukan besar untuk pembinaan dengan harapan merancakkan ekonomi negara.
Dengan mengepam wang dalam sektor ini, secara tak langsung sektor lain yang ada hubung kait dengan industri binaan, akan turut sama menerima habuan dan seterusnya merancakkan ekonomi dan juga memberi peluang kerja dalam sektor ini.
Kita berharap Bumiputera dan bukan bumi akan mendapat manafaat dari kontrak yang keluar.
Pembekal bahan dan penjual bahan binaan antara yang menerima habuan besal dalam industri ini. Dikatakan hampir 50% kos adalah datang dari bahan binaan, manakala bahan binaan adalah perbagai jenis.
Posted by rm2u.com at 7:24 PM 0 comments





