auto iklan

Dec 11, 2013

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa, iris koto, ibs system
Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa. Bernama melaporkan bahawa  Semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di seluruh negara pada masa depan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) teknologi IBS iaitu IRIS KOTO yang lebih menjimatkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul
Rahman Dahalan berkata teknologi IBS iaitu IRIS KOTO dari Jepun itu bukan sahaja
jimat dari segi masa dan kos, malah lebih berkualiti.

Video Pembinaan IRIS KOTO

 
Beliau berkata, pembinaan seunit rumah PPR melalui teknologi IBS berharga
antara RM100,000 hingga RM120,000 berbanding tanpa IBS iaitu sekitar RM150,000
hingga RM160,000, bergantung pada lokasi. Penjimatan antara 50 ribu hingga 60 ribu bagi satu unit rumah PPR.

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

"Pembinaan rumah PPR kini menjangkau 80,000 unit. Selepas ini, kita akan
mengguna pakai kaedah ini bagi memenuhi sasaran pembinaan 200,000 unit rumah setahun, sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN)," katanya.

IBS, yang juga dikenali sebagai ''pembinaan pemasangan menyeluruh'' berikutan
komponen binaan dibuat di kilang atau di tapak projek, sebelum diangkut dan
dipasang menjadi struktur bangunan yang lebih sistematik.

Abdul Rahman berkata teknologi ini, mendatangkan banyak faedah antara
pengurangan pekerja, kurang pembaziran bahan binaan, alam sekitar dan tapak
binaan lebih bersih serta tapak pembinaan lebih teratur.

"Apabila kos dikurangkan, peruntukan kementerian dapat digunakan untuk
membina lebih banyak unit rumah untuk rakyat," katanya.
IKLAN 1

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah. Smart brick keluaran kilang MNZ BUILDING SOLUTION, dijamin berkualiti tinggi. Teknologi ini menjimatkan kos binaan kerana tidak guna besi pada tiang, rasuk atas, tiada acuan, tidak perlu plaster dinding dan tiang, mengurang pembaziran bahan binaan dan menjimatkan masa binaan

Teknologi ini berasal dari Jerman dan telah dikembangkan secara meluas dalam pembinaan rumah di Thailand. Di Malaysia, ianya telah mula mendapat tempat baik untuk projek kerajaan atau swasta.

Smart Brick merupakan inovasi terkini dalam sektor pembinaan khususnya kediaman yang terbukti menjimatkan dan tempoh masa pembinaan yang jauh lebih singkat tanpa menjejaskan kualiti.

Antara kelebihan penggunaan " Smart Brick " adalah :-
  1.     Sesuai untuk binaan bangunan 1 tingkat dan 2 tingkat.
  2.     Penjimatan masa pembinaan.
  3.     Teknologi mesra alam.
  4.     Penjimatan penggunaan besi.
  5.     Penjimatan penggunaan acuan.
  6.     Tidak perlu plaster.
  7.     Tiada pembaziran bahan binaan.
  8.     Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  9.     Ruang dalaman lebih sejuk.
  10.     Penampilan yang elegen dan esklusif.
  11.     Penggunaan bata khusus untuk binaan rasuk, dinding, tiang dan skirting.
  12.     Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
CONTOH BINAAN MENGGUNAKAN BATA MNZ BUILDING SOLUTION
MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah


Catatan :-

Dinding Galas Beban
merupakan pendekatan dimana berat beban bangunan khususnya binaan bumbung + kemasan diagihkan ke tanah secara sekata melalui dinding dan tiang.

Binaan kaedah biasa - semua beban diagihkan ke tanah melalui rasuk dan tiang.
Teknologi ini ada dari MNZ Building Solution yang sedia berikan lebih nilai terbaik untuk rumah impian anda menggunakan teknologi terkini ini.

Teknologi Smart brick mampu menghaslkan pelbagai rekabentuk yang menarik dan terkini sesuai dengan citarasa anda. Pasukan kerja terbaik kami akan memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan penuh ketelitian dan kekemasan.

Kini tiada lagi alasan kenaikan kos bahan binaan menghalang anda untuk memiliki rumah impian.
IKLAN 1

Dec 2, 2013

Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus

Penyelia Tapak projek binaan
Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus, Syarikat pembinaan amat suka penyelia tapak yang bagus menjaga projek mereka. Soal pengalaman adalah aset yang baik di tekankan, namun bagaimana yang tidak ada pengalaman atau yang baru habis belajar.

Dulu saya mula kerja site tahun 1992, dah lama dah, sekarang dah pencen. Mula kerja tiada pengalaman, Besi Y dan R pun tak kenal, Akibat gabra mula kerja, bos lepas bulat bulat jaga site.

Dari hari tu saya mula banyak bertanya, banyak buka pelan dan banyak tanya kawan yang sudah bekerja lama.

Lama kelamaan sepak terajang kerja site supervisor dah mula di rasai, mula kerja gaji 700 naik motor honda cup. He penat bontot dari Cangloon ke site UUM, waktu tu UUM adalah projek pertama saya.

Kepada adik adik yang keluar Polimas, jangan takut, belajar semasa praktikal amat penting, nak belajar apa? . Pastikan anda tahu step pembinaan, mana nak buat dulu, apa langkah kerja dan keperluan barang, apa ujjian tapak nak kena buat.

Barang apa nak kena test, borang di tapak, semua kena tahu, Sebagai penyelia kena tahu jenis barang nak order berdasarkan pelan binaan, kena tau juga kuantiti, dan seterusnya, Lihat Tugas penyelia tapak

Kena belajar agar kita mudah manage projek, Kalau ada soalan sila komen di bawah

IKLAN 1

Oct 28, 2013

TEKNOLOGI BINAAN JALAN KERETAPI CANGGIH

TEKNOLOGI BINAAN JALAN KERETAPI CANGGIH
Jom sama-sama lihat teknologi binaan landasan keretapi yang saya kira canggih dan cepat.

lihat video ini


IKLAN 1

Oct 24, 2013

JENIS KAYU TEMPATAN MALAYSIA

JENIS KAYU TEMPATAN MALAYSIA
JENIS KAYU TEMPATAN MALAYSIA. Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu tempatan kepada empat kumpulan, iaitu kayu keras padu (heavy hardwood), kayu keras pertengahan (medium hardwood), kayu keras ringan (light hardwood) dan kayu lembut (softwood).

Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Begitu pun, syarat ini tidak membabitkan kayu keras pasu yang lebih mengutamakan cari tahan lama. 
 
Kayu merbau

Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. 

Kayu kempas pula, sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian Timbers – For Furniture menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, hanya sebilangan  yang dijadikan perabot.

Berikut adalah kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan:

NYATOH
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.
Keterangan Am :
  • kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
  • ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
  • bertekstur rata dan sedikit kasar.
  • keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.

SENTANG
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
Keterangan Am :
  • kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan
  • ira kayunya berpanca.
  • strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tidak tahan lama
Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.

KEMBANG SEMANGKOK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya.
Keterangan Am :
  • kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
  • ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.

MELUNAK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
Keterangan Am :
  • corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
  • ira rapat dan berpanca.
  • tekstur agak halus dan rata.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman dan papan lapis.

MERBAU
Jenis : kayu keras berat.
Nama Botani : Intsia palembanica I. Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.
Keterangan Am : Corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat. Teras kayu akan bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar, bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan : Gelang pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.

 

KAYU LUAR NEGARA

Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar negara turut diminati. Biasanya, ia menjadi pilihan golongan kaya kerana harganya mahal selain reka bentuknya yang hanya sesuai untuk sesetengah kediaman. 

Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar da mudah luruh. Biarppun agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat, lebih mahal dan tahan lama.

Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara  paling diminati ialah:

SENTANG
Dianggap kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk. Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu. Lazimnya, ia diguna untuk membuat rangka penyambungan, perabot mewah, panel dan pintu.

JATI
HASIL KRAF KAYU JATI, KAYU MALAYSIA

HASIL KRAF KAYU JATI, KAYU MALAYSIA

 
Sifatnya yang tahan lama, menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier. Malangnya, ia dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan.

WALNUT
Bermutu tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.

OAK
Dahulunya menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kegunaannya mula dipelbagaikan dan kini ia menjadi pilihan utama untuk membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke kuning kemerahan.

ROSEWOOD
Antara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun, ia sukar dibentuk. Ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan Barat, Tengah serta Selatan India. Rosewood paling dinimati kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin. Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.
IKLAN 1

Oct 17, 2013

Rumah transit dan syarat permohonan

Rumah transit , syarat permohonan rumah transit, beli rumah, putrajaya, rumah murah, mesra rakyat, harga rumah 2013
Rumah transit dan syarat permohonan,  Permohonan-permohonan ini akan disaring mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditentukan di peringkat negeri dan bagi Kuala Lumpur di DBKL. Selepas saringan diperoleh dari sistem pendaftaran online yang dibangunkan ia akan dihantar ke Kementerian untuk tapisan seterusnya bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja menduduki rumah transit ini oleh jawatankuasa pemilihan penyewa rumah transit KPKT. Jawatankuasa ini akan juga dianggotai oleh wakil-wakil negeri bersama dengan pegawai dari Kementerian.

Kira-kira 6,000 pemohon dalam SPT yang dikendalikan oleh DBKL dikenal pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki program Rumah Transit Bukit Jalil.

Syarat untuk layak memohon ialah:
1. Warganegara Malaysia yang berkahwin, dan berusia 30 tahun ke bawah,
2. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah,
3. Tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur,
4. Tinggal dan bekerja di Lembah Klang; dan
5. Tiada rekod jenayah.

KPKT dan Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti sebanyak 632 unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit di Blok L dan Blok M di PPR Pinggiran Bukit Jalil, untuk Program Rumah Transit. PPR Pinggiran Bukit Jalil secara keseluruhannya merangkumi 12 blok dengan kapasiti 3,780 unit rumah terletak di kawasan yang strategik, iaitu lebih kurang 15 minit dari pusat bandaraya dan hanya 5 minit dari Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Abdul Rahman berkata, Program Rumah Transit di Bukit Jalil ini akan ditambah baik penyelenggaraan dan kemudahannya berbanding PPR lain. Antara kemudahan baru diperkenalkan untuk Rumah Transit ialah system kamera litar tertutup atau CCTV, Pondok Pengawal Keselamatan, kawasan berpagar, Unit Komuniti Bomba, unit untuk penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna. Selain itu, unit-unit Rumah Transit juga akan dibekalkan dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif untuk ke unit individu.

Selain itu, beliau berkata, KPKT akan menetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus unit di projek PPR baru diperuntukan untuk Rumah Transit, khususnya di bandar-bandar besar di negara ini. Selain PPR Pinggiran Bukit Jalil, sebanyak dua lagi lokasi baru sudah dikenal pasti untuk program Rumah Transit di negara ini, iaitu di PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu, Sabah dan PPR Sentul di Kuala Lumpur.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
IKLAN 1

Oct 15, 2013

JANGAN TERPEDAYA DENGAN PROJEK RUMAH MAMPU MILIK OLEH SEBUAH KOPERASI

ORANG AWAM DAN KONTRAKTOR JANGAN TERPEDAYA DENGAN
PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (RM96,000.00 – RM195,000.00 SEBUAH)
OLEH SEBUAH KOPERASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
 

Putrajaya, 9 Oktober – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN), mengingatkan orang
awam, bakal pembeli rumah dan para kontraktor agar berhati-hati terhadap program
rumah mampu milik yang ditawarkan oleh sebuah Koperasi di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah JPN Dato’ Dr. Mohd Padzil Bin Hashim berkata, “JPN telah
menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai kesahihan skim rumah
mampu milik yang ditawarkan oleh sebuah Koperasi yang menggunapakai nama
Putrajaya. Jenis rumah yang ditawarkan adalah banglo dan rumah berkembar dengan
harga di antara Koperasi ini juga dikatakan memberi tawaran kepada para kontraktor
yang berminat mendapat kontrak kerja-kerja binaan skim perumahan tersebut dengan
syarat perlu memberi deposit yang agak tinggi kepada Koperasi tersebut”.

Siasatan JPN mendapati bahawa Koperasi berkenaan tidak mempunyai lesen
pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan seperti dikehendaki di bawah
Seksyen 5, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)
dan Peraturan-Peraturan.

Ketua Pengarah, JPN menegaskan, “Mana-mana pemaju perumahan yang melanggar
atau gagal mematuhi Seksyen 5 di bawah Akta 118 adalah melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ratus
lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit
(RM500,000.00) dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya,”

Koperasi ini juga telah melantik agen-agen jualan untuk urusan jual beli rumah dan
para pembeli yang berminat perlu membuat permohonan terus kepada agen-agen ini.
Kerja-kerja kontrak binaan juga diuruskan oleh agen-agen tersebut dan mengutip
deposit daripada para kontraktor yang berminat.

Ketua Pengarah JPN menyeru orang ramai agar memberi maklumat dan melaporkan
kepada Jabatan Perumahan Negara sekiranya menemui tawaran skim perumahan
yang meragukan. Bakal pembeli rumah juga boleh menyemak maklumat pemaju
dengan melayari laman web Jabatan Perumahan Negara iaitu
http://ehome.kpkt.gov.my atau menghubungi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan
Perumahan Negara di talian: 03 – 8000 8000.
 

JPN menasihati orang awam dan bakal pembeli rumah agar berhati-hati terhadap
skim perumahan yang ditawarkan ole

IKLAN 1

Oct 13, 2013

KURSUS TENAGA SOLAR

KURSUS TENAGA SOLAR, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara,

KURSUS TENAGA SOLAR
KURSUS TENAGA SOLAR. Kepada Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai Kursus ini di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara. Sebarang Pertanyaan Bolehlah berhubung dengan En Mohd Ridzuan Mahmud 013-4672035. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami 04-9242200. "MEMBINA KEMAHIRAN"
IKLAN 1

PROGRAM PERSONEL BINAAN

PROGRAM PERSONEL BINAAN

Kursus : Pelbagai kursus sektor pembinaan
Tempoh Kursus : 5 hari
Syarat Kelayakan :
1 - Pengalaman dalam industri 6 bulan (min.)
2 - Mempunyai kad hijau (CIDB) yang masih sah
3 - Warganegara Malaysia
4 - Berumur 18 - 55 tahun
5 - Minat dan sihat tubuh badan
** Penempatan asrama disediakan
** Elaun saku

Sebarang pertanyaan atau berminat, sila hubungi 04-9242200 samb. 281 (En. Shahryl)


Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
IKLAN 1

Oct 10, 2013

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014, Saya adalah oku fizikal, mohon kerajaan prihatin terhadap oku negara ini. saya minta kerajaan melihat peruntukan oku ditambah dan melaksanakan rekabentuk mesra oku, harus dilaksanakan segera di bangunan baru dan lama, laluan dibandar dan sebagainya. mengesa semua masjid sediakan ramp untuk oku berkerusi roda masuk.

contoh rekabentuk mesra oku

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014

REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014








IKLAN 1

Oct 8, 2013

Rekabentuk bangunan, jalan di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan di bandar perlu mesra oku, Kita malu sebagai sebuah negara Islam kemudahan prasarana untuk OKU masih di tahap tidak memuaskan, berbanding negara orang putih dan negara Jepun yang sangat prihatin dengan OKU.

Golongan OKU seperti kami patut dibela bagi meningkat moral kami sebagai OKU, Kemudahan Ramp ke bangunan bank, masjid, pejabat kerajaan, pasaraya masih banyak yang perlu di tambah dan di tingkatkan.

AKTA ORANG KURANG UPAYA


Akta Orang Kurang Upaya diluluskan di Parlimen pada 24 Dis 2007 dan diwartakan pada 24 Jan 2008 sebelum dikuatkuasa pada 7 Julai 2008.

Menurut peguam-peguam, ramai OKU merungut bahawa Akta OKU 2008 hanya sebagai akta bercorak pentadbiran dan bukan penguatkuasaan kerana akta tersebut tidak mempunyai kuasa dan tiada tindakan penalti bagi mereka yang tidak mematuhi dan mendiskriminasi OKU.

Gambar di bawah akan menceritakan apa OKU mahu sebagai akses dalam sebuah negara demokrasi:

Rekabentuk bangunan, jalan di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

Rekabentuk bangunan, jalan, bas, keretapi di bandar perlu mesra oku, oku facilities

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE