auto iklan

Jan 20, 2013

Urus pembinaan rumah anda lebih jimat

Urus pembinaan rumah anda lebih jimat. Saya urus sendiri pembinaan rumah saya, ia akan menjimatkan kos pengurusan dan profit, berbanding kalau kita bina menggunakan kontraktor yang dilantik. Syaratnya mempunyai tanah sendiri.

Pengurusan sendiri bermakna kita urus cari tukang, urus beli barang, urus sewa mesin, jaga kerja dan bayar pekerja atau tukang yang dilantik.

Misalnya saya bahagikan skop pembinaan saya kepada beberapa skop kerja,
  1. Membina struktur utama, dinding, bumbung, plaster dan lantai asas , ini 1 kepala tukang yang jaga dan saya bayar ikut kaki persegi, misalnya rumah saya 1200k2 , maka upah x luas tersebut. 
  2. Tukang siling plaster - 1k2 x 3.30 termasuk barang
  3. Tukang tingkap aluminium, 1k2 x 26.00, maka keseluruhan luas tingkap x kadar berkenaan dan akan dapat kos ting, kos meliputi kos upah dan barang
  4. Memasang tile lantai, saya bayar upah pasang tile sahaja, barang tile, simen pasir saya beli dan upah 1k2 ialah RM1.50
  5. Cat dalam dan luar saya upah sahaja, cat saya beli, upah saya bagi 1 buah rumah RM2000
  6. Kabinet saya panggil tukang kayu, buat, kabinet gantung 1 ka panjang RM150, kayu dan papan nyatoh
  7. Kichen kabinet kos upah RM90 1 ka panjang, tile simen saya beli, saya guna 2; x 2;
Siap dalam 6 bulan, kos 1200 k2 lebih kurang RM90,000 , kalau nak jual RM180,000.00. memang untung kalau urus sendiri., tapi tak jual, dok kampung best

IKLAN 1

Jan 9, 2013

Apakah Bandaraya Pintar IBM

Apakah Bandaraya Pintar IBM,

Apakah Bandaraya Pintar IBM. Bandaraya pintar IBM ialah bandaraya yang telah disenarai pendek oleh IBM Corporation (IBM, untuk program ‘Smarter Cities Challenge.’. Bandaraya yang terlibat dan disenarai di Malaysia ialah Negeri Sembilan, Cyberjaya dan Wilayah Iskandar.

Sebanyak 30 bandar didunia yang menerima geran ini, nilai geran ialah USD400,000. Pemberian geran bernilai US$400,000 ini adalah meliputi akses kepada beberapa pakar terkemuka IBM yang akan menganalisis dan mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan oleh pentadbiran bandaraya terlibat.

Apakah Bandaraya Pintar IBM

Negeri sembilan berjaya dan terpilih dalam program bandaraya pintar ini. terdapat beberapa langkah dalam pembangunan ICT ini yang diambil supaya Negeri Sembilan dibangunkan dengan ICT yang mampan. Pembangunan fizikal juga akan mengikut pelan yang dirancang.

“Penganugerahan Geran Smarter Cities Challenge oleh IBM Corporation ini akan memberi kesan positif untuk melaksanakan pelan tindakan Negeri Sembilan ICT Strategic Plan (NSISP). Ianya amat membanggakan dan pengiktirafan pemberian geran ini adalah di atas inisiatif ICT yang disediakan Negeri Sembilan,

n9kini.com
IKLAN 1

Jan 4, 2013

Apakah Skim Rumah PertamaKu

Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)/ My First Home Scheme?   Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

Siapakah yang layak untuk skim ini?
Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada  RM5,000 bagi setiap peminjam).


Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?
Tidak, skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja.


Saya berkerja sendiri sedangkan pasangan saya  bekerja  di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi peminjam bersama dibawah skim ini?
Tidak. Hanya pasangan anda yang layak memohon kerana beliau adalah seorang pekerja di sektor swasta. Pasangan anda juga harus memenuhi kesemua kriteria kelayakan yang lain  dibawah skim ini.

Saya dan pasangan saya masing-masing mempunyai pendapatan sebanyak RM2,000 dan RM3,000 sebulan dan kami ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM300,000. Adakah kami layak dibawah skim ini?
 

Ya. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam. Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200. Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini: 
Contoh kiraan :
  • Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000 
  • Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)    
  • 60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
  • Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 40 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM309,000.


Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% untuk membeli hartanah yang bernilai RM400,000?
Anda boleh memohon untuk pembiayaan 100% melalui pinjaman bersama dengan gabungan pendapatan tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam). Andaikan kedua-dua peminjam tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dibuat, tempoh pembiayaan ialah 40 tahun (tertakluk kepada umur kedua-dua peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan) dan memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pinjaman berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam

Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah skim ini?
Tidak, para peminjam bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Bank yang terlibat 

Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah skim ini? Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

 Apakah Skim Rumah PertamaKu

IKLAN 1

Rumah Sewa Peluang Untuk Anda Melabur

Rumah Sewa Peluang Untuk Anda Melabur
Rumah Sewa Peluang Untuk Anda Melabur. Pembangunan dan pertumbuhan industri dalam suatu bandar memerlukan Rumah Sewa atau bilik sewa, Rumah sewa amat perlu untuk pekerja di perbagai sektor, ini sangat relevan yang baru dapat kerja. Bagi anda yang ada modal dan kemampuan pembiayai pinjaman, apa kata  anda beli rumah dan sewakan.

Rumah sewa macam satu industri baru sekarang ini, Permintaan rumah sewa masakini amat mendesak dan semua kawasan yang pesat membangun, seperti pusat pengajian, kilang, pusat niaga dan sebagainya pasti memerlukan rumah sewa.

Di internet kalau anda search Cari Rumah Sewa, pasti anda berjumpa beribu laman web yang menawar perbagai servis berkenaan rumah sewa, 

Mulakan langkah awal untuk membeli atau memajak properti untuk jadi rumah sewa
IKLAN 1

Jan 2, 2013

Tips Pilih Kayu Lantai Lamina

Sebelum anda memilih lantai lamina, anda baca tips ringkas yang saya baca,
Tips pilih kayu lantai lamina, 
  1. Pilih jenis lantai kayu yang Selesa dan Tidak Sejuk
  2. Pilih yang Tahan terhadap bahan kimia dirumah
  3. Pilih yang Rendah Kandungan Kimia Formaldehyde
  4. Pilih yang Pemasangan tanpa Penggunaan Gam 
  5. Pilih yang Tahan sinaran ultraungu dan dari kesan kelusuhan 
  6. Pilih jenama Higenik dan Mesra Alam
  7. Pilih lantai Tidak membiak anai-anai  
  8. Pilih lantai yang Tahan calar
  9. Pilih lantai Tahan hentama
  10. Tahan dari kekotoran
  11. Sistem Perlindungan sisi Vacumat
  12. Tahan api mancis dan rokok     
perbezaan lantai kayu dan jenis lain 

Bahan Penampilan Kos Pemasangan Kos Penjagaan
LANTAI LAMINA Keras, lasak, tahan hentakan, kalis lembab, tak membiak bakteria, tidak pudar dan tahan kotoran. Mudah dan cepat hanya hampar helaian plastik dan foam di atas permukaan lantai yang rata dan pasang lantai kayu. Sapu dan mop sudah memadai untuk penjagaan lantai.
JUBIN / MARBLE Tahan api, lembap dan lasak tetapi sejuk, keras, licin dan boleh retak. Boleh mengakibatkan kemalangan. Cara pemasangan yang lambat, kotor, basah dengan kos yang tinggi terutama marble. Susah untuk ditukar dan baik pulih, stok dan warna cepat berubah. Kotoran di celah jubin sukar untuk dibersihkan.
PERMAIDANI Selesa, lembut tetapi mudah terbakar, basah, lusuh, habuk, pepijat dan ini memudaratkan kesihatan. Pemasangan mudah dan cepat. Kos penjagaan yang tinggi, hantar kedai dobi atau guna mesin pembersih vakum. Jangka hayat yang pendek, pudar dan tak selesa.

Contoh Pemasangan lantai kayu


Antara jenama yang di cadangkan
  1. Inovar - Jenama Malaysia (Malaysia 1st)
  2. Floor Depot
  3. Pergo
  4. Kronolog
  5. Bergo
IKLAN 1

Kayu Lantai Lamina Buatan Malaysia


 Kayu Lantai Lamina Buatan Malaysia. Ramai tak tahu bahawa malaysia mengeluarkan kayu lantai laminate sendiri, produk tempatan dalam industri binaan bangunan di malaysia, Tiga jenis jenama terkenal ialah  INOVAR Floor dan ROBINA Floor. 

Harga tak mahal sangat dan ada garenti 10 tahun lebih, mudah dipasang, tahan lasak, dan tahan anai anai.


ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina

ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina

ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina

ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina

ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina
Robina Floor

ROBINA Floor kayu lantai malaysia, harga kayu lantai lamina
Robina Floor
Salah satu pembekal Bumiputra papan lantai lamina robina ialah AZR

Lantai Kayu Inovar

Produk Malaysia,
To deliver quality products and services
- To develop trendy and fashionable designs to meet customers’ needs and expectations
- To use advanced technology and replenishable resources to help sustain a green environment
- To promote Inovar Floor as an environmental-friendly alternative to other timber flooring products
- To be committed in educating industry partners, institutions and home-owners on the benefits of laminate flooring
Brand Promise
To give owners of Inovar products peace of mind through our commitment to the following:
  • using East Malaysian hardwood fibre for superior water-resistant core
  • giving direct manufacturer warranty for resistance against surface- wear, fade, stain and termites.
  • utilising tropical hardwood from forest plantations that are strictly managed
 
Lantai Kayu Inovar


Lantai Kayu Inovar

Harga bermula RM3.80 k2,  tahun 2012 mengikut harga pembekal,
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE