auto iklan

Mar 31, 2012

Harga Buruh Binaan



Harga buruh binaan di Malaysia berbeza mengikut lokasi dan kemahiran. Cara pembayaran upah juga berbeza, pembayaran upah buruh biasanya dibayar mengikut hari bekerja, Biasanya 8 jam sehari dan akan di bayar Gaji Hari. Ada juga upah di bayar mengikut unit atau jumlah kerja, misalnya unit m2 atau k2 atau m3.

Klik untuk besarkan

Harga kerja hari minima ialah RM35, Harga sederhana RM55 dan harga Tertinggi ialah RM70, ini sumber kajian penyelidik UTM.

Jenis-jenis kerja

a Tukang batu
b Tukang kayu dan penyambung
c Tukang konkrit
d Pembengkok dan pengikat besi
e Pekerja besi dan keluli
f Tukang cat
g Tukang lepa
h Tukang bata
i Tukang saliran
j Tukang pateri
k Tukang paip
l Tukang bumbung
m Tukang ubin
n “Charge Hand”
o Operator loji
p “Fitter”
q Operator peralatan pneumatik
r Pemandu lori
s Operator letupan
t Pekerja letupan
u Pekerja bitumen
v “Watch Man”
w Pekerja cerucuk
x Pengendali cerucuk
IKLAN 1

Mar 24, 2012

Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini


Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini. POH 25 Feb. — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM65,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya. — BERNAMA

IKLAN 1

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Di dalam Bajet 2012, pengumuman telah dibuat yang nilai maksimum hartanah akan dinaikkan dari RM200,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI


IKLAN 1

SPNB turut menawarkan Skim Mudah Milik


SPNB turut menawarkan Skim Mudah Milik yang menawarkan pembelian rumah dengan hanya membayar deposit sebanyak RM250 ketika menandatangani Perjanjian Jualbeli sebelum pinjaman diluluskan. Pakej ini terbuka kepada semua pembeli dan semua jenis rumah yang dijual oleh SPNB. Ini termasuk pembeli yang telah lama bekerja dan boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 KWSP dan juga rumah-rumah jenis kos sederhana, kos sederhana rendah, kos rendah dan rumah di bawah harga RM100,000.00.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-2057 3333 / 03-2057 3207 /03-2057 3208.

IKLAN 1

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD


SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD SPNB

TAMAN LIMBONGAN PERMAI

BANDAR MELAKA, MELAKA

Menawarkan jenis kediaman ‘Town House’ yang berharga dari RM42,000 dan juga Rumah Kedai Dua Tingkat dari harga RM150,000 yang terletak hanya beberapa minit dari Bandar Melaka.

Hakmilik tanah:
Pegangan sementara (99 tahun)

Lain lain projek SPNB SIJIL LAYAK MENDUDUKI , KLIK SINI


IKLAN 1

Mar 18, 2012

Bandar Jepun di Malaysia


Bandar Jepun di Malaysia. Ya memang betul, ia di bangunkan di Johor bagi memberi peluang rakyat jepun menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. Dibangunkan oleh syarikat Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM).Little Japan, konsep pertama seumpamanya di negara ini, yang membabitkan pelaburan mencecah RM500 juta di Taman Molek, Johor Bahru, Johor.

Syarikat Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM) adalah perunding bangunan dan aset untuk pelabur Jepun yang menjadi peneraju kepada projek berkenaan, berhasrat menarik 2,000 golongan mewah dari negara itu untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di sini dalam tempoh lima tahun.

“Little Japan yang pertama seumpamanya di negara ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan bandar, termasuk premis perniagaan, restoran, spa, kemudahan perubatan dan rumah pesaraan bagi kemudahan warga Jepun yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini,
IKLAN 1

Harga Box Culvert Dan Kos Kerja

Harga Box Culvert Dan Kos Kerja
Harga Box Culvert Dan Kos Kerja. Biasanya saiz JPS guna atau Majlis PBT guna ialah 600 x 600, 900 x 900, 1200 x 1200 dan 1500 x 1500.

Harga bagi Box Culvert 600 x 600 = RM60.00 sebiji, tanpa LID,
Harga bagi Box Culvert 900 x 900 = RM190 sebiji tanpa LID
LID Ialah penutup Box Culvert. Panjang 1 biji = 1M

Pengiraan kos upah dan pasang dibuat berdasarkan kos berapa hari kerja. Mengikut pengalaman saya, kerja korek dan pasang di buat serentak. Maknanya selepas korek, siapkan tapak, dan kemudian terus pasang. Ia bergantung pada spesifikasi yang di tetapkan DAN lokasi pembinaan dan kaedah kerja kontraktor.

Contoh:

Katakan kerja-kerja membekal box culvert 600 x 600 dan memasangnya, berapa kosnya. Kos bergantung bilangan hari siap, bilangan pekerja dan kos mesin.

Katakan 1 hari boleh siap 20 biji, maka kos 1m atau 1 biji ialah:

Kos Bahan (kena rujuk pembekal)
1 biji RM60 x 20 biji = RM1200.00

Upah :
Bilangan pekerja 4 orang x RM50.00 = RM200.00
Kepala kerja 1 orang gaji per hari = RM65.00
---> KOS UPAH = RM265.00

Mesin:
1 biji backhoe 1 hari x RM350 = RM350.00
1 biji pickup 1 hari x RM200 = RM200.00
---> KOS MESIN = RM550.00

Kos Bahan + Upah + Mesin = 1200.00 + 265.00 + 550.00 = RM2015.00

Tambah 20% profit dan pengurusan = RM403.00

KOS UNTUK 20 BIJI = RM2418.00

KOS 1M = RM2418.00 / 20 = RM120.90

KOS 1M = RM120.90

1 biji = 1 m saiz standard box culvert

IKLAN 1

Peta Laluan MRT Malaysia


Klik Gambar Untuk Besarkan Peta MRT
Peta Laluan MRT Malaysia. Full detail map of MRT Malaysia
IKLAN 1

Manfaat MRT Malaysia

Manfaat MRT Malaysia
Manfaat MRT Malaysia Selain daripada mencapai objektif mobilasi orang, terdapat beberapa manfaat limpahan MRT iaitu: - http://kvmrt.com.my/

  1. Menjana nilai ekonomi - meningkatkan produktiviti dari mobiliti yang lebih besar
  2. Menjana RM3 bilion kepada RM4 bilion pendapatan negara kasar (PNK) aktiviti pembinaan dan operasi antara 2011 dan 2020.
  3. Menjana lagi RM8 bilion kepada RM12 bilion PNK daripada kesan limpahan. Secara keseluruhan, purata RM21 bilion PNK setahun akan dijana dalam tempoh 10 tahun akan datang
  4. Mewujudkan 130,000 pekerjaan
  5. Menolak nilai harta - penyambungan yang lebih baik akan menyebabkan penghargaan harta terutama di sekitar kawasan stesen-stesen MRT
  6. merangsang pembangunan hartanah baru - termasuk pembangunan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, Warisan Merdeka, KL Daerah Kewangan Antarabangsa
  7. Meningkatkan dagang - penyambungan yang lebih baik akan membawa lebih banyak penumpang ke pusat bandar, stesen akan mengandungi hub acticity komersial
  8. Mengurangkan pengeluaran karbon - mengeluarkan kereta di tepi jalan, mengurangkan masa yang digunakan oleh kereta di jalan raya
IKLAN 1

Mar 17, 2012

Kos Tack Coat m2

Kos Tack Coat m2Kos Tack coat, Kerja Civil, dan kos kerja awam mengikut negeri, Klik Sini

Product Types

1. Bitumen 60/70

2. Bitumen 80/100

3. Bitumen 40/50

4. Bitumen for Construction

5. Bitumen from Paving

6. Bitumen from Refinery,etc

Supply and lay bituminous prime coat m2 RM2.50

Supply and lay bituminous tack coat m2 RM2.40

Prime Coat adalah sebuah aplikasi semburan emulsi asfalt dengan kelikatan yang rendah pada dasar berbutir dalam penyediaan untuk meletakkan rawatan permukaan.

Fungsinya prime coat adalah untuk kalis air dan menguatkan permukaan sehingga rawatan asfalt yang berikutnya (ex-campuran panas, meterai cip) diletakkan. Di samping itu, ia menyediakan satu ikatan di antara tapak dan lapisan overlying.
Emulsi jenis: EAP-2.


Perggunaannya pada Kadar tipikal: 0,8 - 1,0 litres/m2.

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE