auto iklan

Aug 28, 2013

HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA

HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA
HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA . Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang berpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dengan menawarkan HARGA RUMAH  di antara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

CARA MOHON DAFTAR DULU, KLIK DAFTAR RUMAH 1 MALAYSIA
IKLAN 1

DAFTAR ONLINE RUMAH 1 MALAYSIA

DAFTAR ONLINE RUMAH 1 MALAYSIA
DAFTAR ONLINE RUMAH 1 MALAYSIA ATAU PR1MA 1 MALAYSIA.

KLIK PRIMA 1 MALAYSIA


IKLAN 1

Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia

Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia
Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia 
Nota:
  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut. 
MAKLUMAT LANJUT KLIK PRIMA 1 MALAYSIA
IKLAN 1

Aug 23, 2013

Prestasi sektor pembinaan 2013

Prestasi sektor pembinaan 2013,  Nilai kerja pembinaan pada suku pertama 2013 merekodkan penurunan sebanyak 5.4 peratus suku tahun ke suku tahun kepada RM21.0 bilion. Walaubagaimanapun, peratus perubahan tahun ke tahun mencatatkan
pertumbuhan ketara sebanyak 18.4 peratus (rujuk Jadual 1). 
 
 
 
Carta 1 memaparkan peratus perubahan tahunan (YoY) bagi tempoh ST1 2009
hingga ST1 2013. Seperti yang ditunjukkan dalam carta, sektor ini telah kembali
melonjak untuk mencatatkan pertumbuhan positif selepas merekodkan
pertumbuhan yang negatif pada ST2 2011
 
 
 
Pada suku tahun pertama 2013, peratus sumbangan tertinggi adalah disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam dengan catatan sebanyak 38.0 peratus. Ini diikuti oleh pembinaan bukan kediaman (32.0 peratus), bangunan kediaman (25.8 peratus) dan pertukangan khas (4.2 peratus) seperti yang ditunjukkan di Jadual 2.
 
 
IKLAN 1

Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus suku kedua 2013

Pada suku kedua 2013, ekonomi Malaysia tumbuh pada 4.3 peratus. Dari segi pengeluaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif dengan Perkhidmatan terus menjadi pemangkin utama. Prestasi yang lebih baik dalam Pembuatan serta pertumbuhan kukuh dalam Pembinaan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini.

Peningkatan dari segi perbelanjaan disokong oleh sumbangan positif daripada Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar. Pengembangan dalam kedua-dua perbelanjaan telah mengimbangi prestasi lemah dalam perdagangan luar negeri.

Komposisi KDNK dari segi pengeluaran diterajui oleh Perkhidmatan dengan sumbangan 54.8 peratus. Sementara itu, Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta menyumbang 51.5 peratus dari segi perbelanjaan.

Buat pertama kali, data pelarasan musim dikeluarkan bagi melengkapi maklumat pertumbuhan ekonomi jangka pendek negara. Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK tumbuh 1.4 peratus berbanding negatif 0.4 peratus pada suku pertama 2013.

PEMBINAAN

Sektor Pembinaan tumbuh dengan stabil pada 9.9 peratus
disokong oleh prestasi kukuh Kediaman pada 21.4 peratus (ST1 2013: 9.8 peratus). Tambahan pula, Kejuruteraan Awam kekal dengan pertumbuhan dua digit 10.4 peratus dipacu oleh projek infrastruktur bagi pengangkutan dan utiliti.

Selaras dengan prestasi Kediaman dan Kejuruteraan Awam, Pertukangan Khas terus mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan pada 8.9 peratus.
IKLAN 1

Aug 13, 2013

Tips reka dapur yang selesa ringkas

Tips reka dapur yang selesa ringkas. Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minimum.

  1. Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra.
  2. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
  3. Elak menggunakan kertas dinding secara menyeluruh dan bercorak padat. Jika perlu hanya gunakannya sebagai garis sempadan.
  4. Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi ada kalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.
  5. Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur.
  6. Seeloknya anda menggunakan ‘blind curtain’ yang biasanya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang.
  7. Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah peralatan elektrik di ruang itu.
  8. Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
Selamat mencuba, moga dapur anda hebat
IKLAN 1

Aug 12, 2013

Konsep makna dan tip warna dalam rumah

Konsep makna dan tip warna dalam rumah, panduan warna ,panduan cat
Konsep makna dan tip warna dalam rumah. Jadi, pertimbangkan psikologi warna ketika merancang skima warna untuk setiap ruang dalam rumah anda.

Biru

Warna langit dan lautan yang terkenal antara warna kegemaran ramai.
Ia mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung dan komited. Amat popular untuk bilik tidur dan sering digunakan untuk dekorasi pejabat.  Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat.

Secara global, biru adalah warna yang paling selamat digunakan.

Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna dan sebab itulah skima warna biru selalu dipilih.

Biru juga dikenali sebagai warna bersih sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian.

Walau bagaimanapun, penggunaan biru untuk bahagian dapur kurang berkesan.

Kuning

Menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari yang indah. Berhati-hatilah dengan warna ini jika ronanya keterlaluan. Kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna lain. Ia juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

Hijau

Perlambangan semula jadi, subur, sihat dan muda. Keseimbangan antara warna sejuk dan hangat seperti biru dan kuning memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semula jadi yang dimiliki juga membolehkan hijau mudah dipadankan dengan warna lain.

Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Secara tradisi, ia dikenali sebagai warna keamanan.

Merah

Antara warna hangat dan bertenaga dalam spektrum warna. Warna ini tidak sesuai untuk si manja anda.

Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ.

Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skima warna sama ada tradisional mahupun kontemporari.

Ungu

Amat sesuai untuk bilik tidur kerana ia berupaya memberikan kesegaran.  Warna ini juga antara kegemaran remaja perempuan.

Sebenarnya warna ini mempunyai keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan.

Merah jambu

Dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Ia antara warna kegembiraan dan keceriaan selain membayangkan suasana romantik serta kelembutan.
IKLAN 1

Aug 3, 2013

Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis

Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis. PAS Perlis menggesa kerajaan negeri menyelesaikan dahulu projek perumahan mampu milik yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu di sebuah tapak di Kubang Gajah dekat sini se. Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Hairy Hashim berkata projek berkenaan yang diuar-uarkan sekitar 10 tahun lalu masih gagal disiapkan walaupun majlis pecah tanah tapak perumahan berkenaan sudah dua kali diadakan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.

"Sejak 10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.
 
Mengulas lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Bagaimanapun bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak 1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.
 
HARAP SIAP DULU YANG LAMA, BARU BIKIN BARU
HARAP JANGAN PILIH BULU, BERI SAHAJA PADA RAKYAT PERLIS YANG PERLU RUMAH
 
 
 
IKLAN 1

1.96B Untuk 4 projek Koridor Utara 2013

1.96B Untuk 4 projek Koridor Utara 2013, 4 negeri utara terlibat iaitu Perlis Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. 4 projek berkenaan akan di agihkan kepada 4 negeri berkenaan. 4 projek berkenaan ialah:

     Perlis - Pembangunan Rumah Hijau Untuk Projek Pertanian Perlis     Kedah - Pembangunan resort mewah di Pulau Langkawi, Kedah.     Pulau Pinang - Pembinaan kilang pembuatan UWC Industrial Sdn. Bhd. di Pulau Pinang     Perak - pembinaan pusat membeli-belah dan hotel empat bintang di Taiping, Perak
  1. Perlis - Pembangunan Rumah Hijau Untuk Projek Pertanian Perlis
  2. Kedah - Pembangunan resort mewah di Pulau Langkawi, Kedah.
  3. Pulau Pinang - Pembinaan kilang pembuatan UWC Industrial Sdn. Bhd. di Pulau Pinang
  4. Perak - pembinaan pusat membeli-belah dan hotel empat bintang di Taiping, Perak
Majlis pertukaran memorandum pelaburan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq dengan pihak pelabur iaitu JPB Asia Pacific Sdn. Bhd., UWC Industrial Sdn. Bhd., Unifortune Holdings Sdn. Bhd. dan Seri Chenang Resort Langkawi Sdn. Bhd.

Majlis itu telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Besar Perlis, Azlan Man; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kita harap ia akan memberi impak baik kepada kordor utara.
IKLAN 1

Aug 2, 2013

KPHPB bina 20000 rumah mampu milik

Perumahan mampu Milik 1Malaysia akan di bina sebanyak 20 ribu unik oleh KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB),
Perumahan mampu Milik 1Malaysia akan di bina sebanyak 20 ribu unik oleh KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB), Kita harap syarikat koperasi ini menjalankan tanggungjawap ini dengan sempurna siap, ikut jadual da menjaga kualiti binaan.

Rumah untuk kediaman rakyat perlu di buat dengan baik dan menjaga kualiti kerja. Untuk fasa pertama, sebanyak 10,000 unit dijangka selesai dalam tahun ini,” kata Pengerusi Koperasi, Datuk Nazrul Arsad  selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan  kontraktor di Putrajaya.

PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KUANTAN

PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KUANTAN, KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB)


PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DITERENGGANU


KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB) TERENGGANU

Siapa nak beli rumah boleh hubungi Koperasi di,
KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB)
Alamat: Suite 19.01-19.04, Plaza 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603-2385 5177
Fax: +603- 2164 4888

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE