auto iklan

Dec 11, 2013

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa, iris koto, ibs system
Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa. Bernama melaporkan bahawa  Semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di seluruh negara pada masa depan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) teknologi IBS iaitu IRIS KOTO yang lebih menjimatkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul
Rahman Dahalan berkata teknologi IBS iaitu IRIS KOTO dari Jepun itu bukan sahaja
jimat dari segi masa dan kos, malah lebih berkualiti.

Video Pembinaan IRIS KOTO

 
Beliau berkata, pembinaan seunit rumah PPR melalui teknologi IBS berharga
antara RM100,000 hingga RM120,000 berbanding tanpa IBS iaitu sekitar RM150,000
hingga RM160,000, bergantung pada lokasi. Penjimatan antara 50 ribu hingga 60 ribu bagi satu unit rumah PPR.

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

"Pembinaan rumah PPR kini menjangkau 80,000 unit. Selepas ini, kita akan
mengguna pakai kaedah ini bagi memenuhi sasaran pembinaan 200,000 unit rumah setahun, sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN)," katanya.

IBS, yang juga dikenali sebagai ''pembinaan pemasangan menyeluruh'' berikutan
komponen binaan dibuat di kilang atau di tapak projek, sebelum diangkut dan
dipasang menjadi struktur bangunan yang lebih sistematik.

Abdul Rahman berkata teknologi ini, mendatangkan banyak faedah antara
pengurangan pekerja, kurang pembaziran bahan binaan, alam sekitar dan tapak
binaan lebih bersih serta tapak pembinaan lebih teratur.

"Apabila kos dikurangkan, peruntukan kementerian dapat digunakan untuk
membina lebih banyak unit rumah untuk rakyat," katanya.
IKLAN 1

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah. Smart brick keluaran kilang MNZ BUILDING SOLUTION, dijamin berkualiti tinggi. Teknologi ini menjimatkan kos binaan kerana tidak guna besi pada tiang, rasuk atas, tiada acuan, tidak perlu plaster dinding dan tiang, mengurang pembaziran bahan binaan dan menjimatkan masa binaan

Teknologi ini berasal dari Jerman dan telah dikembangkan secara meluas dalam pembinaan rumah di Thailand. Di Malaysia, ianya telah mula mendapat tempat baik untuk projek kerajaan atau swasta.

Smart Brick merupakan inovasi terkini dalam sektor pembinaan khususnya kediaman yang terbukti menjimatkan dan tempoh masa pembinaan yang jauh lebih singkat tanpa menjejaskan kualiti.

Antara kelebihan penggunaan " Smart Brick " adalah :-
  1.     Sesuai untuk binaan bangunan 1 tingkat dan 2 tingkat.
  2.     Penjimatan masa pembinaan.
  3.     Teknologi mesra alam.
  4.     Penjimatan penggunaan besi.
  5.     Penjimatan penggunaan acuan.
  6.     Tidak perlu plaster.
  7.     Tiada pembaziran bahan binaan.
  8.     Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  9.     Ruang dalaman lebih sejuk.
  10.     Penampilan yang elegen dan esklusif.
  11.     Penggunaan bata khusus untuk binaan rasuk, dinding, tiang dan skirting.
  12.     Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
CONTOH BINAAN MENGGUNAKAN BATA MNZ BUILDING SOLUTION
MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah

MNZ Smart Brick Teknologi Jimat Bina Rumah


Catatan :-

Dinding Galas Beban
merupakan pendekatan dimana berat beban bangunan khususnya binaan bumbung + kemasan diagihkan ke tanah secara sekata melalui dinding dan tiang.

Binaan kaedah biasa - semua beban diagihkan ke tanah melalui rasuk dan tiang.
Teknologi ini ada dari MNZ Building Solution yang sedia berikan lebih nilai terbaik untuk rumah impian anda menggunakan teknologi terkini ini.

Teknologi Smart brick mampu menghaslkan pelbagai rekabentuk yang menarik dan terkini sesuai dengan citarasa anda. Pasukan kerja terbaik kami akan memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan penuh ketelitian dan kekemasan.

Kini tiada lagi alasan kenaikan kos bahan binaan menghalang anda untuk memiliki rumah impian.
IKLAN 1

Dec 2, 2013

Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus

Penyelia Tapak projek binaan
Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus, Syarikat pembinaan amat suka penyelia tapak yang bagus menjaga projek mereka. Soal pengalaman adalah aset yang baik di tekankan, namun bagaimana yang tidak ada pengalaman atau yang baru habis belajar.

Dulu saya mula kerja site tahun 1992, dah lama dah, sekarang dah pencen. Mula kerja tiada pengalaman, Besi Y dan R pun tak kenal, Akibat gabra mula kerja, bos lepas bulat bulat jaga site.

Dari hari tu saya mula banyak bertanya, banyak buka pelan dan banyak tanya kawan yang sudah bekerja lama.

Lama kelamaan sepak terajang kerja site supervisor dah mula di rasai, mula kerja gaji 700 naik motor honda cup. He penat bontot dari Cangloon ke site UUM, waktu tu UUM adalah projek pertama saya.

Kepada adik adik yang keluar Polimas, jangan takut, belajar semasa praktikal amat penting, nak belajar apa? . Pastikan anda tahu step pembinaan, mana nak buat dulu, apa langkah kerja dan keperluan barang, apa ujjian tapak nak kena buat.

Barang apa nak kena test, borang di tapak, semua kena tahu, Sebagai penyelia kena tahu jenis barang nak order berdasarkan pelan binaan, kena tau juga kuantiti, dan seterusnya, Lihat Tugas penyelia tapak

Kena belajar agar kita mudah manage projek, Kalau ada soalan sila komen di bawah

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE