auto iklan

Apr 28, 2009

kERJA -KERJA KEJURUTERAAN AWAM


Kerja welding bahagian dalam paip MS 1000mm



Salah satu kerja kejuruteraan awam ialah pemasangan paip bekalan air. Kami pernah memasang paip ms 1000mm diameter. Paip MS ini panjang 9.2m sebatang dan di angkat menggunakan excavator EX300 HITACHI. EX200 Tak sesuai kerana paip ini panjang dan berat hampir 4 tan setiap batang.

Harga Pasaran paip ms 1000mm dia x 9.2m ialah RM1015/per M dan ke atas. Harga tak menentu dan ia mengikut harga besi semasa di Malaysia.
IKLAN 1

Harga Box Culvert

Harga Box Culvert


1. Without dry weathear flow

1500mm x 1500mm x 1m - RM454.00 per set

3000mm x 3000mm x 1m - RM1800.00 per set

Box Culvert 1200 x 1200mm 

Kos kerja Box Culvert:

Meliputi kerja-kerja berikut;

a. Bahan binaan atau Box Culvert
b. Korek
c. Membuat asas atau kerja piling (mengikut design) biasa lapisan konkrit setebal 300mm atau 300mm tebal lapisan crusher run 2"
d. Kerja memasang upah tukang dan pekerja
e. Mesin seperti excavator atau kren untuk angkat dan letak box culvert
f. Kos menimbus semula dengan bahan sesuai. Kalau jalan guna bahan granular dan crusher run dan memadat dengan roller
g. Kerja menurap semula bagi jalan sediada atau laluan lama
h. Kos pengurusan dan profit

Jadi semua kos diatas harus di ambil kira semasa meletak harga kos membina dan memasang box culvert

Sumber bahan MDC

tel 04-399 9889
fax 04-3904689

Tarikh : 30 Apr 2009

Maklumat lanjut 012-4076297 Mr Lee
IKLAN 1

Apr 27, 2009

Kaedah Pengiraan Harga Premix


Harga membekal dan melabur premix biasanya dalam m2. Jadi macam mana nak tukar harga Tan kepada harga dalam m2.

Saya guna kaedah mudah sahaja.

Katakan harga premix (binder ACB) di kuari ialah RM150.00 per Mton

Manakala angkatap ketumpatan premix selepas di padat ialah 2.34kg/m3

Maka pengiraan untuk tebal ACB 60mm atau 0.06m, kiraan kos/m2 adalah seperti berikut:


- kos 1m2 = panjang x lebar x tebal x ketumpatan x Harga 1 MT = Kos / m2

- 1m x 1m x 0.06m x 2.34 x 150.00 = RM21.06 (Kos Bahan)

- Kos upah biasanya 1m2 = RM2.50

- Overhead dan profit 15% = 15% x (21.06 + 2.50) = RM3.53

- TOTAL KOS PREMIX ACB M2 = RM27.09 / M2

Bagi lapisan ACW 40mm kaedah yang sama digunakan

HARGA PREMIX UNTUK KAWASAN UTARA 140.00 HINGGA 160.00 PER TAN. Ia bergantung lokasi projek dengan kuari. Jika jauh kontraktor perlu bayar lebih untuk lori, jadi semasa memasuki tender anda perlu lihat lokasi projek dangan sumber bahan.
IKLAN 1

Apr 26, 2009

Industri Binaan Di Gunakan Untuk Pertumbuhan Ekonomi

Sekali lagi industri ini memain peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan nampaknya telah mengumumkan peruntukan besar untuk pembinaan dengan harapan merancakkan ekonomi negara.

Dengan mengepam wang dalam sektor ini, secara tak langsung sektor lain yang ada hubung kait dengan industri binaan, akan turut sama menerima habuan dan seterusnya merancakkan ekonomi dan juga memberi peluang kerja dalam sektor ini.

Kita berharap Bumiputera dan bukan bumi akan mendapat manafaat dari kontrak yang keluar.

Pembekal bahan dan penjual bahan binaan antara yang menerima habuan besal dalam industri ini. Dikatakan hampir 50% kos adalah datang dari bahan binaan, manakala bahan binaan adalah perbagai jenis.
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE