auto iklan

Aug 28, 2012

Hand-Dug Caisson and construction


Hand-Dug Caisson and construction. Caisson is defined as a structure that is sunk through ground or water for the purpose excavation at a prescribe depth and which subsequently become an integral part of the permanent work, i.e. foundation pile. Hand-dug caisson as defined is constructed by hand excavation method where obstructions are in form of large boulders or tree trunks which could prevent the operation of mechanical plant or on the hill slope where is inaccessible by a large machine.

IKLAN 1

Cara kira berat besi 1m3 konkrit

Cara kira berat besi 1m3 konkrit
Cara kira berat besi 1m3 konkrit. Cara kiraan berat besi dalam 1m3 konkrit. Ini kaedah cepat apabila ingin membuat anggaran pukal atau lum sum bagi kuantiti besi dalam 1m3 konkrit. 1m3 sama dengan panjang x lebar x tinggi.
Merujuk kepada jadual dibawah, cara pengiraan akan dipertunjukkan yang seperti berikut:


Komponen
Unit
Berat
1.
Asas Pad @ footing
Kg/m3
80
2.
Rasuk lantai @ ground beam
Kg/m3
200
3.
Rasuk bumbung @ roof beam
Kg/m3
160
4.
Tiang sambut @ stump
Kg/m3
190
5.
Tiang @ Column
Kg/m3
160
6.
Lantai 100mm @ slab
Kg/m2
10

Katakan kuantiti konkrit untuk elemen 1 Asas Pad Footing ialah 20m3. Jadi alternatif pengiraan pantas kuantiti besi adalah dengan mendarabkan 20m3 x  80kg/m3 (rujuk jadual atas) = 1600kg.

Jadi kuantiti besi untuk item konkrit footing adalah sebanyak 1600kg atau 1.6 Tan. KG/M3 ialah ketumputan bahan.

Untuk pengiraan harga besi dalam bangunan, bahan + Upah + Profit = Harga tender.
IKLAN 1

Jenis jenis kain langsir

Jenis jenis kain langsir yang biasa digunakan ialah kain kapas atau campuran kapas dan polyster. Lain kain yang selalu digunakan, ialah Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kain jenis fabrik scotchguard juga  baik untuk langsir kerana diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.

Kain Kapas
kain kapas untuk langsir
Kain kapas benang berwarna; coraknya boleh dilihat pada kedua-dua bahagian; juga kelihatan cantik dari belakang.

kain kapas enemie ikea
sumber : Ikea

Kain satin
kain satin

 fabrik scotchguard

fabrik scotchguard
IKLAN 1

Tips membuat dan reka langsir

Tips membuat dan reka langsir bagi rumah anda. Nak buat langsir juga kena ada tema, mudah saja tema, misalnya ikut warna rumah, ikut warna lembut, guna tema lembut, kalau ada perabut gelap, langsir biar warna cerah atau light color, kalau sofa warna putih, maka di bolehkan langsir agak lebih gelap sikit, bagi membezakan. Tapi warna biar harmoni.
Tips membuat dan reka langsir, idea reka dalaman

Buat masa ini rekaaan popular ialah langsir yang ada  potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.

Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.

Langsir bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.

Tips Untuk membuat langsir anda harus sesuaikan dengan jenis ruang kediaman rumah anda, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.

Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.

Langsir Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.
IKLAN 1

Harga T Beam 40m Panjang

Post Tensioned Prestressed T Beam, Cost T Beam, Harga T Beam 40m,

Post Tensioned Prestressed T Beam, Cost T Beam, Harga T Beam 40m,
Harga T Beam 40m Panjang, Post Tensioned Prestressed Beam.. Susah juga nak lihat dan nak cari harga T Beam untuk bina jambatan. Biasalah kebanyakan kontraktor tak mahu dedahkan harga mereka pada umum. Namun ramai juga yang tak tahu dan ingin tahun kos pembinaan T Beam. Harganya sekitar RM50,000 hingga RM70,000 mengikut lokasi.

T beam di buat di tapak. Dalam tender ia meliputi kos strands,prestressing,launching,grouting and anchorages all in accordance with spec and drawing. Item BQ dinamakan Post Tensioned Prestressed Beam

Menggunakan konkrit grade 40/20 dengan harga RM300 per M3.

Principle of Prestressing

The function of prestressing is to place the concrete structure under compression in those regions where load causes tensile stress. Tension caused by the load will first have to cancel the compression induced by the prestressing before it can crack the concrete. Figure 1.2 (a) shows a plainly reinforced concrete simple-span beam and fixed cantilever beam cracked under applied load. Figure 1.2(b) shows the same unloaded beams with prestressing forces applied by stressing high strength tendons. By placing the prestressing low in the simple-span beam and high in the cantilever beam, compression is induced in the tension zones; creating upward camber.

Figure 1.2(c) shows the two prestressed beams after loads have been applied. The loads cause both the simple-span beam and cantilever beam to deflect down, creating tensile stresses in the bottom of the simple-span beam and top of the cantilever beam. The Bridge Designer balances the effects of load and prestressing in such a way that tension from the loading is compensated by compression induced by the prestressing. Tension is eliminated under the combination of the two and tension cracks are prevented. Also, construction materials (concrete and steel) are used more efficiently; optimizing materials, construction effort and cost.
IKLAN 1

Aug 23, 2012

Cara mengurangkan kos binaan rumah

Cara mengurangkan kos binaan rumah harus dijadikan elemen penting dalam melaksanakan projek perumahan untuk rakyat. Antara faktor kos binaan yang penting yang perlu diambil kira ialah kos:
  1. Kos Tapak
  2. Kos piling atau cerucuk
  3. Kos struktur binaan
  4. Kos bumbung
  5. Kos kemasan lantai atau dinding
  6. Kos siling
  7. Kos upah
  8. Kos mekanikal dan elektrik
 Kos Tapak -Untuk jangkamasa panjang, kerajaan perlu ada bank tanah dengan membeli tapak rumah untuk rakyat. Jangan biarkan tapak rumah atau tanah sebagai elemen yang membebankan dan menjadikan kos rumah meningkat. Syarikat perumahan Negara harus dijadikan agensi penting dalam soal menyediakan tapak rumah yang murah, supaya kos rumah menjadi stabil. Faktor manipulasi harga tanah perlu di elakan.

Kos Piling dan cerucuk - perlu di kaji semula. Piling boleh di buat sendiri oleh Syarikat Pemaju yang berwibawa dengan kos yang murah. Kos piling akan jadi murah bila rumah di bina di tapak yang stabil dan kukuh geologinya, bukan tanah paya atau lembab.

Kos struktur binaan - boleh dikurangkan apabila, kita merekabentuk bangunan yang tidak berat strukturnya, misalnya kita guna bumbung dan rangka yang ringan, dinding yang ringan (Gypsum board). Bila bangunan berat, kita perlu struktur tiang dan rasuk yang besar. Bila struktur besar kos pasti tinggi. Sebab itu design kena kira kos bahan yang akan digunakan.

Kos bumbung - cuba pilih bahan yang murah dan tahan, rekabentuk jangan terlalu 'over design' atau design yang sukar dibina. Buat bumbung yang mudah agar kos boleh dikurangkan.

Sistem IBS perlu dikaji agar ia dapat diguna dalam menyediakan rumah yang lebih murah.

Contoh kos dinding:
  • Dinding batu bata pasir tebal 115mm - RM38.00 /m2
  • Dinding Gypsum board - RM65.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 9mm - RM27.00 /m2
  • Dinding papan lapis tebal 6mm - RM22.00 /m2
Faktor kos melibatkan elemen:
  • Jenis bahan
  • saiz binaan
  • Upah
  • Pengurusan projek yang melibatkan kaedah binaan dan operasi binaan

IKLAN 1

Aug 21, 2012

Konep baru rumah 30% lebih murah

Konep baru rumah 30% lebih murah.  Kerajaan di jangka akan bina rumah konsep baru. Konsep baru rumah ini, ialah ia hanya bina rumah asas sahaja meliputi bilik air dan dapur. Manakala binaan bilik bilik tidak dibuat. Konsep ini akan mengurangkan kos binaan sebanyak 30%.

Pembeli hanya buat partition bilik bilik kemudian mengikut kehendak dan kemampuan mereka masing masing. Konsep ini akan membolehkan rakyat mampu membeli rumah dengan kos yang lebih murah.

Cadangan saya agar kerajaan buat design piawai agar sistem pasang siap dapat .dilaksanakan keseluruh negara dengan mengurangkan kos binaan rumah.




IKLAN 1

Aug 6, 2012

Bagaimana memasang tile bilik air

Bagaimana memasang tiles bilik air secara profesional dan tahan lama. Dengan mengikut langkah seperti dalam video di bawah, anda pasti dapat menghasilkan kerja yang bermutu.

Lihat video di bawah:

IKLAN 1

Aug 3, 2012

Bangunan 30 Tingkat Dibina Dalam 15Hari

sistem IBS Cina,30 tingkat siap 15 hari, teknologi binaan cina, BSB china
Bangunan 30 tingkat dibina dalam 15 hari, Bagaimana membina bangunan 30 tingkat dalam 15 hari (360 jam). Syarikat  pembinaan mampan  di cina, telah mencuba lagi , dengan membina prototaip hotel setinggi 30-tingkat  dalam masa 360 jam, selepas kejayaan mereka membina sebuah bangunan 15-tingkat dalam seminggu lebih awal pada tahun 2011.

Anda mungkin bertanya mengapa mereka tergesa-gesa, dan adakah ia selamat?  Statistik dalam video di bawah,  boleh membantu  anda menilai kemampuan mereka dan kejayaan syarikat itu. Kaedah pembinaan  Pasang siap bangunan modular (IBS)  mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah pembinaan  konvensional.

Video


1.       Ketepatan yang lebih tinggi dalam fabrikasi (+ / - 0.2mm).
2.       Boleh dan lebih diselaraskan di tapak pengurusan pembinaan.
3.       Jangka masa pembinaan yang lebih singkat.
4.       Mengurangkan  sisa binaan.
5.       Juga ciri-ciri kesihatan dan tenaga yang lain dimasukkan ke dalam Bangunan Menyeluruh Lestari (BSB)

Bangunan yang dibina dari masa  Krismas lepas dan siap sebelum  Tahun Baru 2012. Hebat dan sungguh kagum dengan tahap pengurusan binaan yang cekap, teknologi pembinaan yang canggih dan tenaga kerja yang cekap dan mampu melaksanakan pembinaan ajaib ini.

Suatu Pengenalan kepada BROAD SUSTAINABLE BUILDING CO., LTD  (BSB)
Ditubuhkan pada bulan Mac, 2009, BROAD SUSTAINABLE BUILDING CO., LTD adalah sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan awam, semata-mata mengendalikan Pembinaan BSB dengan mampu menyerap  tenaga gegaran gempa yang  magnitud-9 , 5x lebih cekap, 20x lebih tulen udara, 90% dibina di  kilang, dan 1% sisa pembinaan.

Ibu pejabat BSB  dan R & D Center terletak di County Xiangyin Provinsi Hunan di China Selatan, dengan luas bengkel 80,000 m2, 900 pekerja pada tahun 2011. Pada tahun 2012 meningkat kepada  220.000 meter persegi bengkel, 12000 pekerja, dan pada tahun 2013 dengan 360.000 meter persegi bengkel dan 19,000 pekerja, mencapai kapasiti pengeluaran tahunan dan pemasangan sebanyak 10 juta sqms.

Matlamat pusat BSB ialah:

1. Meningkatkan R & D daripada BSB teknologi, penubuhan rantaian bekalan
2. Menjual BSBs mematuhi peraturan tempatan dalam pasaran bangunan Hunan.
3. Pemindahan teknologi BSB , 100 syarikat perkongsian,bagi  tiap-tiap wilayah China dan diagihkan secara sama rata dalam setiap bangsa di seluruh dunia.

Menjelang Disember, 2011, BSB teknologi mencapai peringkat akhir, sama sekali dengan 12 BSBs dibina di Changsha, Xiangyin, Shanghai, Zhejiang dan Mexico dan 2 rakan francais di Ningxia dan Fujian dengan saiz kilang yang sama ke Kilang Xiangyin BSB. 10 lagi rakan kongsi yang berpotensi Cina & antarabangsa dalam rundingan.

UMUM membayangkan dalam masa terdekat, akan menjadi salah satu BSB antara tiga bangunan di seluruh dunia, membolehkan semua lelaki dan wanita untuk berkongsi ketenangan BSB. Membuktikan bahawa dengan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab, persekitaran bumi dan kehidupan manusia boleh dinaik dan dibina secara serentak.

Zon Perindustrian Wilayah Lin Geng, Xiangyin , Hunan



IKLAN 1

Bina rumah dalam 2 minggu

Bina rumah dalam 2 minggu atau 14 hari. Logik ka?. Iris Koto System membuktikan bahawa melalui IBS IRIS KOTO SYSTEM, rumah boleh di bina dengan cepat dan mudah, mengurangkan tenaga kerja mahir yang banyak.

Video di bawah memberi gambaran bagaimana sistem IRIS ini di buat




 

Sumber : www.iris.com.my
IKLAN 1

Rumah Contoh Banglo, bina cara IBS

Rumah Contoh Banglo, bina cara IBS, lihat bagaimana membina rumah cara IBS, atau bina rumah cara pasang siap. Video di bawah akan membantu anda, memahami apakah IBS.

IKLAN 1

TUJUAN AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN

TUJUAN AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (CIPAA). Menurut CIDB akta ini di gubal bagi ,

Tujuan CIPAA
1.    Memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya
2. Mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme untuk penyelesaian pertikaian yang cepat melaluiadjudikasi
3.    Mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan

Manakala Skop Pemakaian CIPAA
Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis kontrak bertulis yang berkaiatan dengan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan

Kerja persendirian tak termasuk

Status akta ini, masih di parlimen. Mengikut CIDB, Bacaan ketiga CIPAA dijangka akan dibacakan di Dewan Negara pada bulan Mei 2012.

Kita tunggu apakah akta ini akan menjadi kenyataan atau tidak , bagi membantu bayaran lewat dalam industri binaan malaysia.
 
 
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE