auto iklan

Nov 11, 2018

STATUS BINA RUMAH MESRA RAKYAT HINGGA 31 OGOS 2018 HANYA 46%

STATUS BINA RUMAH MESRA RAKYAT HINGGA 31 OGOS 2018. Jumlah permohonan 94258 ribu, 43295 buah sudah siap, 12052 masih dinilai kelayakan,, 1267 masih dalam perjanjian, 4219 buah dalam pembinaan, 34253 permohonan di tolak.

permohonan yang ditolak, terlalu banyak, minta kerajaan atau SPNB Memberi penjelasan kenapa di tolak. 34,253 permohonan di tolak atau 36.3% di tolak, bagi seluruh negara , adalah satu jumlah yang besar, iaitu, hampir 1/3 jumlah permohonnan, dan jumlah yang siap baru 45.93 %, sepatutnya status perlaksanaan di tingkat hingga 90 %.

LIHAT CARTA STATUS PERLAKSANAAN



sumber carta SPNB


IKLAN 1

Jun 27, 2018

RUMAH DENGAN HIASAN SHERA BOARD

SHERA BOARD dibuat dari campuran simen dan fiber. Shera digunakan sebagai hiasan luar dan dalam bangunan. Shera nampak cantik kerana nampak unik macam kayu dan ala bangunan tradisi. Banyak kelebihan Sheera Board ini.

Antara kelebihan hiasan shera:
  1. Kalis cuaca
  2. Kalis api
  3. Kalis air
  4. Tahan panas
  5. Mudah untuk dipasang
  6. Proses pengecutan yang sangat sedikit
  7. Mengurangkan suhu rumah
BAGAIMANA MEMASANG SHERA BOARD



GAMBAR SHERA BOARD DAN JENIS KEGUNAAN



















CAWANGAN SHERA BOARD MALAYSIA

PP CHIN KEDAH

PPChinHinS/B-KedahBranch

No. 400 & 401 Jalan Perusahaan 5, Taman Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telephone:
+604-772 0888
Facsimile:
+604-772 0777


SENARAI PEMBEKAL SHERA BOARD

http://


www.shera.com/en/trader/store-locator/region/1/country/MY/

IKLAN 1

Jun 24, 2018

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT, Laluan keretapi pantai timur memberi banyak manafaat pada penduduk dan negeri pantai timur. Untuk jangka panjang, projek ini mengurangkan kos pengangkutan barang , serta mempercepatkan pergerakan penumpang antara pantai barat dan timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata projek yang membabitkan kos berjumlah RM55 bilion itu wajar dinilai daya majunya dalam tempoh 30 tahun akan datang memandangkan perancangannya adalah bersifat jangka panjang.

 kawasan pantai timur ketika ini sedang membangun, dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada pendapatan MRL kerana penduduknya sudah pasti akan menggunakan perkhidmatan ECRL.

"MRL juga akan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna akhir seperti Pelabuhan Kemaman, antaranya. Kami akan menyediakan perkhidmatan (logistik) dari pintu ke pintu bagi mengelakkan pengendalian bertindih.

"Sebagai contoh, kami tidak mahu berdepan situasi apabila kapal berlabuh, mereka terpaksa mengangkut barangan ke tren. Apabila turun di Pelabuhan Klang, bertambah satu lagi kerja. Itulah yang dimaksudkan dengan pengendalian bertindih.

"Jika boleh, mereka hanya perlu menghantar masuk dan memindahkan barangan terus ke kawasan ditetapkan dan kemudiannya terus ke sistem pelepasan kastam. Ia boleh dibuat serentak dan tersusun," katanya.

Beliau berkata, pembinaan infrastruktur seperti ECRL akan menarik minat lebih ramai pelabur ke negara ini dan seterusnya membolehkan lebih banyak kawasan perindustrian dibina di sekelilingnya.

Selain itu, katanya ia juga membabitkan pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang akan membantu MRL meraih pendapatan lebih tinggi pada masa akan datang.

Dengan kaedah itu, beliau yakin MRL akan mendapat semula pulangan dalam tempoh kurang 20 tahun walaupun dalam tempoh itu, kerajaan dijangka membantu dari segi bayaran balik pinjaman bagi 10 tahun pertama.

"Bagi mengurangkan beban kerajaan, kami akan menggunakan semua sumber pendapatan. Justeru menjelang 2032, kami menyasarkan untuk mencatatkan pulangan modal secara operasi.

IKLAN 1

ECRL LALUAN KERETAPI PANTAI TIMUR DITERUSKAN

ECRL LALUAN KERETAPI PANTAI TIMUR DITERUSKAN. "Kita sudah bayar RM20 bilion untuk projek ECRL, jadi tak masuk akal untuk kita mansuhkan ia begitu sahaja. Kita akan runding semula," katanya memetik laporan The Malaysian Insight hari ini.


Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi ekoran kosnya yang mencecah sehingga RM70 bilion.
Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka akan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE