auto iklan

Aug 16, 2017

PANDUAN PASANG SILING PLASTER

Rumah Mampu Bina - IBS info:-🏡

TIPS DAN PANDUAN PEMASANGAN SILING PLASTER.  Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling yang baik terdapat 3 bahagian.

Tahap 1 ialah pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling. Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu.

Besi kerangka siling dengan jarak 2 kaki.

Tahap 2 ialah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan.

Tahap 3, yang terakhir ialah memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece, dome, border, atau bunga tengah.

Cara Memasang Plaster Siling

📌 Sebelum memasang siling, pemasangan kerangka zink bar dilakukan bertujuan untuk menggantung siling lepa.

📌 Proses pendawaian elektrik perlu dilakukan sebelum siling di lepa

📌 Ketinggian siling haruslah sama atau melebihi 10 kaki dari lantai

📌 Kekemasan untuk plastering siling perlu di teliti untuk mengelakkan ketidak kekemasan.

Semoga tips pemasangan siling ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada para pelanggan Rumah Mampu Bina - IBS memahami dengan lebih terperinci mengenai pemasangan siling kediaman.

Sumber FB:
Rumah Mampu Bina - IBS

Harga siling plaster termasuk kos bahan dan pasang ialah RM4.00 ,/ k2

Itu bukan harga tetap, ia mengikut keluasan dan jenis conice atau bunga.

IKLAN 1

Aug 15, 2017

DINDING LARIK RUMAH NAMPAK CANTIK

Satu servis menarik dari team pakar simen larik, ubahsuai dinding simen biasa kepada gaya tradisi moden

IKLAN 1

CIRI REKABENTUK TOILET BERKUALITI DAN BERSIH

Kebersihan toilet suatu yang perlu di beri perhatian, selain soal displin, sikap pengguna yang menggunakan toilet, rekabentuk dan bahan binaan yang digunakan perlu diambil kira dalam memastikan kualiti toilet berkenaan.
Masalah yang timbul biasanya berkaitan dengan kebocoran, bau, lokasi dan juga ergonomik.
Kebersihan dan kebersihan toilet ada kaitan dengan standard kehidupan kita, seterusnya berhubung kait dengan kekuatan iman kita.
Rekabentuk Toilet yang baik
1. Ada sistem pengudaraan yang baik, supaya toilet cepat kering dan bau mudah keluar.
2. Pengaliran air yang sempurna dan tidak bertakung
3. Pencahayaan sempurna
4. Sistem pencucian yang cekap
5. Warna ruang yang cerah supaya toilet nampak luas dan selesa
6. Lapisan kalis air atau waterproff  bagi lantai dan tepi dinding perlu di pasang agar tidak bocor dan menyebab berlaku kerosakan pada bahagian lain.
Bahan binaan berkualiti


1. Sinki
Jenis bahan Sinki yang baik ialah sinki yang berciri tahan lama, tahan hentakan, tahan karat dan kalis calar. Pelbagai jenis material sinki boleh didapati dalam pasaran. Sinki daripada bahan granit membuatkannya sentiasa dilihat baru. Sinki daripada keluli pula boleh jadi tahan karat namun mudah calar sekiranya tidak kerap digilap. Sinki marmar akan kelihatan moden dan cantik namun warnanya akan pudar. Tentu saja semakin baik kualiti sinki, harganya semakin mahal.
2. Tiles lantai dan dinding
Jenis yang tahan hentakan, calar, mudah dicuci, tile lantai bukan jenis licin.
3. Pemilihan sistem paip yang berkualiti, tahan lama, serta berfungsi dengan sempurna. Paip jenis ABS sesuai kerana lebih kualiti.
4. Tandas dari jenis berkualiti dan tahan lasak
Ini kerana tandas tempat kotor. Penggunaan peralatan murah dan tidak berkualiti, untuk tandas masjid , tandas awam serta R & R adalah sebab utama peralatan cepat rosak. Jika tandas mendapat kunjungan yang tinggi, peralatan perlulah canggih ‘Heavy duty’, supaya tahan lama.
Pihak pengurusan bilik air serta tandas awam seperti PBT, PASARAYA, MASJID, R & R, STESEN BAS, dan lokasi awam lain perlu meneliti aspek pelan rekabentuk, jenis alatan dalam bilik air, bahan binaan, dalam membina bilik air atau toilet yang selesa, kemas dan bersih.
Perlu di urus secara teratur penyelenggaraan bilik air agar mengekalkan kebersihan yang baik .
IKLAN 1

Aug 9, 2017

MANAFAAT PROJEK ECRL Keretapi Pantai Timur

Banyak manafaat ekonomi akan di capai dari projek ECRL ini. Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa bernilai RM55 bilion membabitkan laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu juga mampu menjadi kemudahan terkini untuk dinikmati  di samping memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ia membabitkan laluan beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab,Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.

PM Najib berkata, projek itu merupakan salah satu agenda kerajaan dalam Dasar Transformasi negara untuk membangunkan pengangkutan awam darat yang moden.

Menurutnya, ECRL membuka lembaran baharu kepada negeri di Pantai Timur yang terlibat dalam projek ini.

"Projek ini adalah kemudahan untuk rakyat menikmati infrastruktur canggih yang dijalankan.

"Selain itu, ECRL  mampu membantu  mengurangkan kos perjalanan dan pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.4 juta penduduk,"katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah ECRL di KotaSas, hari ini. 9 Ogos 2017

Hadir sama, Kaunselor Republik Rakyat China, Wang Yong, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd  Irwan Serigar Abdullah dan Menteri  Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

ECRL adalah kerjasama Malaysia Rail Link Sdn Bhd dengan China Communications Contruction Company Ltd.

ECRL bakal memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan antara satu hingga 1.5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pembangunan jaringan pengangkutan awam darat ini juga dijangka menjadi kunci kepada pembangunan sekurang-kurangnya enam bandar seperti Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang merangkumi pelbagai sektor.

IKLAN 1

Aug 7, 2017

FUNGSI SEALER SEBELUM CAT DINDING

Hari ini nak bagi sikit tip mengecat agar dinding tak berkulat. Sebelum Raya tahun ni nak tukar warna dinding rumah. Jika Dah lama tak tukar cat dinding, elok di indah semula dengan warna lembut.
Ramai yang mengecat, tapi tak sampai 3 tahun dinding dah jadi capuk2 putih, berkulat sana sini. Kali   ini, di cadang pakai sealer dulu sebelum mengecat. Harap2 ok la dinding tu.
Dengan wall sealer Cat tidak mudah mengelupas dan warna cat tidak akan berubah dari warna aslinya


Ramai yang minat warna mint macam gambar di bawah . Mari saya share sealer dengan cat yg saya gunakan.
.
STEP 1 : Pakai sealer
Fungsi sealer - untuk melindungi dari kulat (putih2)
Wall Sealer : Brand Nippon
Vinilex 5400
RM60
.
STEP 2 : Cat
Cat : Brand Nippon
Vinilex EasyWash
3122T Jasper Green
1liter RM45
.
by Ayu Shuhaimi via DRB
Sebelum mengecat bersihkan permukaan dinding dari habuk dan kotoran. Dinding mesti kering. Bila kering dan bersih baru di sapu cat sealer
IKLAN 1

Aug 3, 2017

PELUANG KERJA TEKNOLOGI BINAAN

PROSPEK KERJA BIDANG TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN SANGAT LUAS, Bermula dari pekerja biasa binaan, juruteknik bangunan, penyelia binaan, jurutera tapak hingga pengurus projek. Selepas dapat pengalaman boleh jadi kontraktor atau pemaju perumahan dan sebagainya.
Bidang Teknologi Binaan Bangunan merupakan bidang yang sangat penting dalam industri binaan negara. Ini kerana Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.
Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi pelbagai bidang. Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor (iaitu: kediaman, industrial, komersial, pasarana, dll) yang bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan.
Pelajar Jurusan Binaan Bangunan didedahkan dengan teknik-teknik kerja sebenar yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan di tapak binaan. Ia meliputi aspek keselamatan am, penyelenggaraan peralatan, kemahiran mentafsir pelan binaan, teknik perancangan kerja serta teknik-teknik komunikasi yang berkesan.


Manakala prospek kerjaya dalam bidang teknologi binaan bangunan termasuk sebagai Juruteknik Bangunan atau Penyelia Tapak binaan mahupun menjadi seorang usahawan atau kontraktor Kelas F.
Selain itu pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 dalam Teknologi Binaan Bangunan boleh menjadi Pembantu Pegawai Latihan Vokasional di Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam Malaysia (ILKA) seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan di ILKA/S atau ke IPTA/S
UITM, UTM, USM dan kolej yang lain banyak menawar kursus teknologi binaan.
IKLAN 1

Harga pasir, batu crun, sewa lori shah alam selangor

Harga pasir , harga batu crusher run, harga tanah merah, sewa lori tanah tipper sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur, Selangor dan nilai N9.  Kami sedia membantu...

Kami menyediakan perkhidmatan :

1. Sewa lori tipper
2. membekalkan bahan² binaan seperti batu kasaran,batu aggret(3suku), batu blok 6x9, tanah ,pasir halus, pasir kasar ,pasir kotor, quarry dust dan lain-lain dengan harga borong

3. Servis angkut dan Buang sisa² binaan

Kami menyediakan perkhidmatan ini disekitar kawasan Kl,selangor &nilai

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :

+60174491788(shah)
@ whatsapp kami :
+601112838858(shah)
+60123642907(pn mona)

IKLAN 1

DRY FLASH PADA BUMBUNG GANTI ZINK SHEET

DRY FLASH bahan binaan baru, ianya digunakan untuk menggantikan penggunaan zink sheet dibahagian atap dan dinding agar lebih kemas dan tahan lama. Jika anda alami bumbung bocor boleh guna bahan dry flashing ini

Material atasnya adalah aluminium dan bawahnya adalah getah bitumen yang sangat sesuai digunakan untuk bahagian luar.

DRY FLASH adalah high grade product yang juga digunakan bagi menutup kebocorang atap bagi yang gemar menggunakannya.

Saiz 1 roll:
1 roll bersamaan 5 meter dengan kelebaran 30cm.

Boleh call atau whatsapp pembekal ini di 017-3131121 untuk makluman bsrkaitan atau GENTING TANAH LIAT. Tkasih.

GentingClayRoof

IKLAN 1

Harga dan Servis Scaffolding jual dan sewa

Scaffolding & Accessories For Sale/Rent. All price base on quantity (Buy More, Pay Less)
Please contact us for any inquiry and quotation.
.........................................................

Perancah & Aksesori Untuk Di Jual & Untuk Di Sewa.
* Semua harga bergantung pada kuantiti (Beli Banyak, Bayar Kurang).
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan sebut harga.

ZNZ Scaffolding & Machinery Services
No. 33, Lorong Bendahara 20A, Sentosa Utama, 41200 Klang, Selangor.
(M) +6019 - 254 2716 (Whatsapp Available)
(O) +603 - 3885 0081
(E) kamezaim@gmail.com

IKLAN 1

Aug 2, 2017

Servis Membrane Waterproofing

Perkhidmatan Waterproofing. Torch on membrane waterproofing system for roof top leakage problem
5-10 years warranty

Mdsyaiff enterprise ( cidb G2 )
Waterproofing and grouting specialist

Call for solve your problem
0109160142 ( saiful )

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE