auto iklan

24 Mac 2012

Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini


Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini. POH 25 Feb. — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM65,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya. — BERNAMA

IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE