auto iklan

03 November 2012

Bagaimana nak pohon lesen pemaju perumahan

Bagaimana nak pohon lesen pemaju perumahan. Anda kalau minat kena ikut prosedur berikut,
a) satu salinan hakmilik tanah;
(b) satu salinan kelulusan penukaran tanah kepada maksud bangunan dan pecahsempadan (sila kepilkan resit bagi premium yang dibayar bagi penukaran syarat tanah. Borang 9A atau 7D KTN yang telah
diluluskan, pelan pra -hitungan/pinta ukur yang diluluskan dan sijil akuan daripada Lembaga
Juruukur Tanah dan apa-apa bukti bayaran lain berkaitan dengan kelulusan ini).

(c) satu salinan perjanjian antara tuan punya tanah dengan pemaju untuk memajukan tanah tersebut
sebagai pemajuan perumahan;

(d) satu salinan kunci kira-kira beraudit yang terakhir dan satu penyata aliran tunai projek ;
(e) satu salinan akuan berkanun yang menyatakan bahawa permohonan telah mematuhi segala syarat atau
sekatan yang dinyatakan dalam seksyen 6(1) Akta ini ; dan

(f) salinan Borang 24 atau borang pendapatan tahunan terakhir dan borang 49 Akta Syarikat 1965.

(g) salinan surat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri (jika berkaitan).

2. *Saya/kami juga mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang disahkan dengan sewajarnya mengikut
seksyen 5(3) Akta :
(a) syarikat berhad - s atu salinan Memorandum dan Artikel Persatuan
(b) firma - satu salinan sijil pendaftaran perniagaan dan satu salinan
perjanjian perkongsian (jika ada);
(c) pertubuhan/syarikat kerjasama - satu salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil
(d) kumpulan orang - satu salinan perjanjian di antara orang yang menjadi kumpulan

Sumber : http://www.kpkt.gov.my/kpkt/borang/lesen/Jadual_A.pdf

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE