auto iklan

17 Oktober 2013

Rumah transit dan syarat permohonan

Rumah transit , syarat permohonan rumah transit, beli rumah, putrajaya, rumah murah, mesra rakyat, harga rumah 2013
Rumah transit dan syarat permohonan,  Permohonan-permohonan ini akan disaring mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditentukan di peringkat negeri dan bagi Kuala Lumpur di DBKL. Selepas saringan diperoleh dari sistem pendaftaran online yang dibangunkan ia akan dihantar ke Kementerian untuk tapisan seterusnya bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja menduduki rumah transit ini oleh jawatankuasa pemilihan penyewa rumah transit KPKT. Jawatankuasa ini akan juga dianggotai oleh wakil-wakil negeri bersama dengan pegawai dari Kementerian.

Kira-kira 6,000 pemohon dalam SPT yang dikendalikan oleh DBKL dikenal pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki program Rumah Transit Bukit Jalil.

Syarat untuk layak memohon ialah:
1. Warganegara Malaysia yang berkahwin, dan berusia 30 tahun ke bawah,
2. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah,
3. Tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur,
4. Tinggal dan bekerja di Lembah Klang; dan
5. Tiada rekod jenayah.

KPKT dan Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti sebanyak 632 unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit di Blok L dan Blok M di PPR Pinggiran Bukit Jalil, untuk Program Rumah Transit. PPR Pinggiran Bukit Jalil secara keseluruhannya merangkumi 12 blok dengan kapasiti 3,780 unit rumah terletak di kawasan yang strategik, iaitu lebih kurang 15 minit dari pusat bandaraya dan hanya 5 minit dari Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Abdul Rahman berkata, Program Rumah Transit di Bukit Jalil ini akan ditambah baik penyelenggaraan dan kemudahannya berbanding PPR lain. Antara kemudahan baru diperkenalkan untuk Rumah Transit ialah system kamera litar tertutup atau CCTV, Pondok Pengawal Keselamatan, kawasan berpagar, Unit Komuniti Bomba, unit untuk penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna. Selain itu, unit-unit Rumah Transit juga akan dibekalkan dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif untuk ke unit individu.

Selain itu, beliau berkata, KPKT akan menetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus unit di projek PPR baru diperuntukan untuk Rumah Transit, khususnya di bandar-bandar besar di negara ini. Selain PPR Pinggiran Bukit Jalil, sebanyak dua lagi lokasi baru sudah dikenal pasti untuk program Rumah Transit di negara ini, iaitu di PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu, Sabah dan PPR Sentul di Kuala Lumpur.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE