auto iklan

04 Januari 2013

Apakah Skim Rumah PertamaKu

Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)/ My First Home Scheme?   Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

Siapakah yang layak untuk skim ini?
Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada  RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada  RM5,000 bagi setiap peminjam).


Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?
Tidak, skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja.


Saya berkerja sendiri sedangkan pasangan saya  bekerja  di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi peminjam bersama dibawah skim ini?
Tidak. Hanya pasangan anda yang layak memohon kerana beliau adalah seorang pekerja di sektor swasta. Pasangan anda juga harus memenuhi kesemua kriteria kelayakan yang lain  dibawah skim ini.

Saya dan pasangan saya masing-masing mempunyai pendapatan sebanyak RM2,000 dan RM3,000 sebulan dan kami ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM300,000. Adakah kami layak dibawah skim ini?
 

Ya. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam. Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200. Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini: 
Contoh kiraan :
  • Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000 
  • Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)    
  • 60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
  • Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 40 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM309,000.


Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% untuk membeli hartanah yang bernilai RM400,000?
Anda boleh memohon untuk pembiayaan 100% melalui pinjaman bersama dengan gabungan pendapatan tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam). Andaikan kedua-dua peminjam tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dibuat, tempoh pembiayaan ialah 40 tahun (tertakluk kepada umur kedua-dua peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan) dan memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pinjaman berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam

Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah skim ini?
Tidak, para peminjam bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Bank yang terlibat 

Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah skim ini? Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

 Apakah Skim Rumah PertamaKu

IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE