auto iklan

22 Februari 2017

CARA PENILAIAN HARGA PAMPASAN TANAH

CARA MENILAI HARGA PAMPASAN TANAH
CARA PENILAIAN HARGA PAMPASAN TANAH YANG DI ambil pihak kerajaan..  Prinsip-prinsip Dalam Penentuan Pampasan. Dasar bagi menentukan pampasan yang berpatutan dalam pengambilan tanah terdapat dalam kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “tiada undangundang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai”.

Seksyen 2 kepada Jadual Pertama AKTA PENGAMBILAN TANAH (APT) 1960 menyatakan bahawa dalam menentukan amaun pampasan yang akan diberi bagi mana-mana tanah yang dijadualkan akan diambil hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:



a) Nilai pasaran sebagaimana ditentukan menurut Seksyen 1 Jadual Pertama;
11

b) Apa-apa kenaikan pada nilai tanah yang lain yang mungkin terakru kepada tanah tanah
lain yang dimiliki oleh orang yang berkepentingan disebabkan penggunaan
kepada tanah yang diambil;

c) Kerosakan, jika ada yang ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang yang
berkepentingan disebabkan oleh pemisahan tanah yang diambil itu daripada
tanahnya yang lain;

d) Kerosakan jika ada, yang ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang yang
berkepentingan disebabkan oleh pengambilan itu telah menyebabkan kesan
mudarat pada hartanya yang lain;

e) Jika disebabkan pengambilan, ia terpaksa berpindah rumah atau tempat
perniagaannya, perbelanjaan yang berkaitan yang ditanggung olehnya; dan

f) Di mana hanya sebahagian daripada tanah telah diambil, mana-mana akujanji oleh
pihak berkuasa untuk membina jalan, parit, tembok, pagar, atau lain-lain
kemudahan yang memberi manafaat kepada bahagian tanah yang tidak diambil,
dengan syarat bahawa akujanji itu adalah jelas dan dikuatkuasakan.

Seksyen 3 kepada Jadual Pertama, sebaliknya menyatakan bahawa perkara-perkara berikut
hendaklah tidak boleh diambil kira ketika menentukan amaun pampasan iaitu:

a) Perihal mustahaknya pengambilan itu;
b) Keengganan pemilik tanah untuk melepaskan tanahnya;
c) Apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh orang yang berkepentingan yang jika
dilakukan oleh orang persendirian, tidak akan menjadi asas satu tindakan guaman;
d) Apa-apa kesusutan nilai tanah yang diambil yang mungkin berlaku disebabkan
kegunaannya selepas pengambilan itu;
e) Apa-apa kenaikan nilai tanah yang diambil yang mungkin berlaku disebabkan
kegunaannya selepas pengambilan itu; dan
f) Apa-apa perbelanjaan berhubung dengan penambahan atau pembaikan kepada
tanah yang ditanggung selepas tarikh siaran perisytiharaan di bawah Seksyen 8,
melainkan penambahan atau pembaikan tersebut adalah perlu untuk memelihara
mana-mana bangunan, dan dalam kes tanah pertanian, ia adalah perlu untuk
meneruskan usaha-usaha penanaman di tanah itu.

IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE