auto iklan

03 Ogos 2017

PELUANG KERJA TEKNOLOGI BINAAN

PROSPEK KERJA BIDANG TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN SANGAT LUAS, Bermula dari pekerja biasa binaan, juruteknik bangunan, penyelia binaan, jurutera tapak hingga pengurus projek. Selepas dapat pengalaman boleh jadi kontraktor atau pemaju perumahan dan sebagainya.
Bidang Teknologi Binaan Bangunan merupakan bidang yang sangat penting dalam industri binaan negara. Ini kerana Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.
Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi pelbagai bidang. Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor (iaitu: kediaman, industrial, komersial, pasarana, dll) yang bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan.
Pelajar Jurusan Binaan Bangunan didedahkan dengan teknik-teknik kerja sebenar yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan di tapak binaan. Ia meliputi aspek keselamatan am, penyelenggaraan peralatan, kemahiran mentafsir pelan binaan, teknik perancangan kerja serta teknik-teknik komunikasi yang berkesan.


Manakala prospek kerjaya dalam bidang teknologi binaan bangunan termasuk sebagai Juruteknik Bangunan atau Penyelia Tapak binaan mahupun menjadi seorang usahawan atau kontraktor Kelas F.
Selain itu pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 dalam Teknologi Binaan Bangunan boleh menjadi Pembantu Pegawai Latihan Vokasional di Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam Malaysia (ILKA) seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan di ILKA/S atau ke IPTA/S
UITM, UTM, USM dan kolej yang lain banyak menawar kursus teknologi binaan.
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE