auto iklan

May 1, 2020

CARA DAFTAR OPERASI KERJA MASA PKP DENGAN MITI

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI BILANGAN 4 BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM MENGENAI PERMOHONAN 

1. Syarikat saya telah mendapat kelulusan MITI sewaktu PKP 1 & 2. Adakah permohonan pertambahan kapasiti tenaga kerja syarikat saya akan akan diproses? Sekiranya ya, adakah syarikat saya masih dibenarkan beroperasi dengan surat kelulusan yang terdahulu? 

Permohonan anda tetap akan diproses. Keputusan permohonan bergantung kepada justifikasi yang diberikan syarikat serta syarat-syarat Kerajaan semasa. Sementara menunggu keputusan MITI, syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja seperti mana yang telah diluluskan MITI di dalam permohonan terdahulu. 

2. Untuk mula mendaftar, kotak ‘nama penuh’ merujuk kepada nama syarikat atau nama pemohon? 

Bagi laman pendaftaran, sila isikan nama pegawai yang membuat permohonan. 

3. Bagaimana jika syarikat saya tiada lesen pengilang? 

Sila isi ‘N/A’ di kotak no. lesen pengilang MIDA. 

4. Bagaimana jika syarikat saya tiada nombor pendaftaran syarikat? 

Jika anda tiada nombor pendaftaran (SSM atau dari agensi tempatan), sila tandakan kotak ‘Saya adalah pemilik perniagaan dan belum berdaftar dengan mana-mana pihak berkenaan’. 2 

5. Adakah saya perlu mengisi butiran pekerja untuk kesemua pekerja saya di dalam format yang disediakan? 

Ya. Maklumat tersebut perlu diisi dengan lengkap seperti format templat di sistem CIMS 2.0 sahaja. 

6. Apakah nombor lesen keutamaan dan nombor lesen pihak berkuasa tempatan? 

A. Nombor Lesen Badan Pengawal Selia Ini adalah khas untuk syarikat yang dikawal selia oleh agensi atau badan profesional, seperti syarikat kejuruteraan (dikawal oleh BEM) atau pembinaan (dikawal oleh CIDB). Sekiranya syarikat anda tidak berkenaan, sila kosongkan ruangan ini. 

B. Nombor Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Ini merujuk kepada badan berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya, Dewan Bandaraya, dan lain-lain. 

7. Jika saya ingin membuat sebarang pembetulan pada permohonan yang telah dibuat, adakah saya perlu memohon semula? 

Sekiranya anda ingin menghantar semula atau membetulkan permohonan, ikuti langkah berikut: I. Anda perlu hantarkan permohonan ke updatecims2.0@marii.my. Sila sertakan sebab bagi penghantaran semula permohonan. II. Pentadbir sistem akan memproses permintaan anda dan anda boleh menghantar semula permohonan anda dengan maklumat permohonan yang baru. III. Lakukan pembetulan yang diperlukan dan hantar semula permohonan anda. Permintaan ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja. Pastikan semua maklumat anda betul dan tepat sebelum menghantar permohonan. 

8. Saya tidak menjumpai senarai sektor saya di CIMS 2.0, bagaimana saya boleh membuat permohonan? 

Jika sektor anda tidak dijumpai, anda boleh cuba memilih kluster yang yang berkaitan dengan aktiviti syarikat anda. Sekiranya sektor anda masih tidak dijumpai, ini bermaksud sektor anda tidak tersenarai di dalam sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Tahap 3.  

9. Saya tidak lagi melihat bahagian “senarai Pelanggan dan Pembekal”. Adakah saya perlu mengisi semula bahagian “senarai Pelanggan dan Pembekal”? 

Bahagian "Senarai Pelanggan dan Pembekal" tidak lagi diperlukan dalam sistem permohonan. Oleh itu, anda tidak perlu untuk menghantar maklumat berkenaan. 

10. Mengapa saya mempunyai masalah dalam memuat naik senarai pekerja pada halaman permohonan? 

Ini mungkin disebabkan fail yang dimuat naik tidak sesuai dengan templat. Jika anda telah menghantar/ memuat naik Senarai Pekerja yang tidak mempunyai lajur NRIC/ Passport, ikut langkah berikut: I. Anda perlu menghantar senarai pekerja ke updatecims2.0@marii.my. Sila sertakan sebab bagi penghantaran senarai pekerja baru. II. Pentadbir sistem akan memproses permintaan anda dan anda boleh menghantar semula permohonan anda dengan maklumat permohonan yang baru. III. Lakukan pembetulan yang diperlukan dan hantar semula permohonan anda. Permintaan ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja. Pastikan semua maklumat anda betul dan tepat sebelum menghantar permohonan. 

11. Adakah saya perlu berada di platform VPN untuk membuat permohonan? 

Tidak.Platform VPN tidak diperlukan. 

12. Bagaimanakah saya ingin ketahui bahawa permohonan saya telah di terima oleh pihak tuan/puan?

 Jika status permohonan dipaparkan sebagai BAHARU, ini bermakna permohonan telah dihantar dan akan diproses dalam masa sehingga 5 hari bekerja. 

13. Mengapa kod QR saya tidak dapat diakses? 

Kod QR dilindungi kata laluan dan hanya pihak berkuasa boleh mengakses maklumat ini. 

 14. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan/ Kementerian Pertanian dan Industri Makanan/ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna/ Kementerian Industri Utama/ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Pihak Berkuasa Tempatan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, perlukah saya mengemukakan semula permohonan? 

Semua sektor yang disenaraikan di bawah Warta Kerajaan dan sudah menerima kebenaran Kementerian-Kementerian terlibat adalah dibenarkan untuk beroperasi. Namun, syarikat yang sudah mendapat kebenaran terdahulu adalah digalakkan untuk memohon sekiranya ingin mendapat surat kelulusan MITI yang mempunyai kod QR. BAHAGIAN 2: OPERASI PERNIAGAAN 

15. Syarikat saya sudah mendapat kelulusan beroperasi. Perlukah pekerja saya membuat saringan kesihatan sebelum dibenarkan datang ke tempat kerja? 

Syarikat dengan senarai pekerja yang berdaftar dan sudah diluluskan perlu membuat saringan Covid-19 di panel klinik kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia. Garis panduan daripada PERKESO sedang diperincikan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. 

16. Perlukah syarikat menanggung kos saringan untuk semua pekerja? 

Tidak. PERKESO akan membiayai kos saringan Covid-19. 

17. Syarikat saya beroperasi dengan kelulusan MITI, perlukah syarikat saya berhenti meneruskan operasi sehingga semua pekerja menjalani saringan Covid-19? 

Tidak. Namun begitu, syarikat perlu memastikan saringan Covid-19 dijalankan dengan panduan dan syarat-syarat yang akan dimaklumkan PERKESO. 

18. Adakah MITI mempunyai saluran untuk pekerja membuat aduan terhadap majikan atas pelanggaran SOP? 

Ya. Aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada covid19sec@miti.gov.my dengan tajuk “ADUAN”.  

19. Adakah syarikat pembersihan third-party pembersihan tersebut dibenarkan beroperasi dengan surat kelulusan syarikat saya? 

Tidak. 

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 17 APRIL 2020 6 

LAMPIRAN 1 

SENARAI SEKTOR-SEKTOR TAMBAHAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPERTI BIASA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 3 (PKP)  

Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaran) 
 Industri Mesin dan peralatan 
 Industri Aeroangkasa 
 Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkataian pembinaan: (i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama (ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas (iii) Kerja-kerja terowong (iv) Kerja-kerja penyelenggaraan (v) Kerja-kerja cerun (vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak (vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak (viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas (x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja (xi) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja 7 (xii) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk artitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan  Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktiviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja) 

 Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Tradional and Complementary Medicine or TCM practitioners) 

 Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik 

 Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri) 

 LAMPIRAN 2 SENARAI SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT MITI A. Senarai Barang Penting yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM) 1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport 
 Beras 
 Gula 
 Minyak sayuran dan lemak haiwan 
 Tepung dan bijirin 
 Roti 
 Air 
 Produk tenusu – susu dan formula bayi 
 Rempah ratus 
 Makanan kering 
 Kopi dan teh 
 Makanan dalam tin 
 Daging 
 Ayam 
 Makanan haiwan / ternakan 
 Proses buah dan sayuran 2. Pertanian dan perikanan, termasuk import 
 Ikan dan makanan laut 
 Buah-buahan 
 Sayur-sayuran . Produk barangan rumah 
 Bahan pencuci 
 Bahan pembasmi kuman 
 Sanitisers 
 Barang penjagaan diri 
 Tisu tandas dan kertas tisu 

 Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment - PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah. 

5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan 
6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat 
7. Peranti perubatan dan pembedahan 
8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator B. Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan 1. Minyak dan Gas 2. Petrokimia 
 Resin PTA & PET  Serat poliester & filament 
 Polypropylene & polyethylene 
 Resin ABS & MABS 
 Maleic Anhydride 
 Resin Pes PVC (PVC Paste Resins) 
 Expanded EPE 
 Impact modifiers & processing aids 
 Styrene Monomer
  Styrene Butadiene Latex 
 Polystyrene 3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun 4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor

Daftar permohonan untuk beroperasi

  1. Layari laman web https://www.miti.gov.my atau https://application.miti.gov.my
  2. Atau boleh juga terus klik ke https://application.miti.gov.my/register
  3. Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 2.0

IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE