auto iklan

Jun 25, 2012

Harga Premik dan Crusher Run Perlis

kiraan kos menurap jalan atau kos premik

Harga Premik dan Crusher Run Perlis semakin meningkat tahun 2012 ini. Peningkatan kos bahan utama membina jalan ini akan meningkat kos tender. Kontraktor kena bijak mengira sebutharga mereka, kerana silap kira merana badan.

Harga semasa Premik ACB 20 RM166.00 untuk 1 Tan, Manakala untu Batu Crusher Run A RM17.60 untuk 1 tan.

Pengiraan Kos 1m2 premik untuk tebal 75mm. Bagaimana nak kira bang ?

1 m x 1m x 0.075 = 0.075m3 ( isipadu)

isipadu x ketumpatan = Berat premik
0.075 x 2.3 = 0.1725 tan

Ketumpatan = 2.3kg/m3 (angkatap) kalau ujian density anda akan dapat bacaan macam ini atau kurang

Jadi kos 1m2 = 0.1725 x RM166.00 = RM28.635 / m2
Angka di atas ialah kos ACB dalam m2 bagi ketebalan 75mm

Bagi tebal yang lain, misalnya 50mm atau 60mm, tukar sahaja kepada m dan guna formula di atas untuk kira kos 1m2.

Formula yg perlu di ingat:
isipadu x ketumpatan = Berat premik

Banyak student dan kontraktor tak tahu perkara ini, harap membantu, siapa tak faham sila tanya

IKLAN 1

2 comments:

IKLAN ADSENSE