auto iklan

Jun 29, 2012

Syarat layak mohon rumah mesra rakyat

Pendapatan 3000 kebawah, antara syarat layak mohon rumah mesra rakyat RMR, ini adalah antara pengumuman terbaru PM pada 24 Feb 2012. Pengumuman ini memberi peluang lebih ramai rakyat memohon mendapat rumah mesra rakyat.

Menurut PM, bagi menarik lebih ramai rakyat untuk memohon RMR, kerajaan turut mempermudahkan urusan permohonan iaitu pemohon hanya perlu mengisi borang secara online di pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing.

"RMR kaedah baru ini dibina dengan keluasan 1,000 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air serta yang lebih penting, harga yang ditawarkan adalah sama dengan kaedah pembinaan cara konvensional yang mengambil masa lama untuk disiapkan," katanya.

Sejak program berkenaan dilaksanakan pada 2002, sebanyak 20,308 unit RMR telah dibina dan pada tahun ini SPNB menyasarkan akan membina sebanyak 10,000 unit lagi dengan menggunakan kaedah pembinaan IBS secara keseluruhannya.

Sumber : Utusan Online
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE