auto iklan

Jul 19, 2012

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9.

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9. Antara isu yang di ulas oleh CIDB dalam industri binaan semasa pelaksanaan RMK 9 adalah berkaitan, Isu kebergantungan kepada pekerja asing, kualiti serta produktiviti rendah, dan imej 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) merupakan isu yang masih menyelubungi sektor ini. Inisiatif memperkasakan kontraktor dan memodenkan sektor ini bagi menangani isu-isu yang disebutkan
telah dilakukan seperti :

i. menggalakkan konsep binaan berindustri (IBS)
ii. menggalakkan pemilikan persijilan ISO
iii. menggalakkan amalan pengurusan projek terbaik
iv. mempertingkatkan kemahiran pekerja
v. mengakreditasi kemahiran pekerja
vi. menerapkan penggunaan teknologi maju
vii. melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak kerja

Disamping isu-isu yang dinyatakan, isu kenaikan harga bahan binaan utama dan sistem penggajian turut melanda sektor pembinaan negara. Bagi mengawal kenaikan terhadap harga bahan kawalan seperti simen dan besi keluli bulat, kaedah penetapan harga siling yang lebih fleksibel akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya peningkatan harga dalam keadaan terkawal dan terurus. Amalan penggajian berdasarkan upah harian dan kerja didapati kurang menarik untuk kemajuan kerjaya.

Perkara ini merupakan halangan utama untuk menarik penglibatan tenaga kerja tempatan dan mengekalkan mereka dalam industri ini. Penambahbaikan kepada amalan penggajian dan kerjaya dalam sektor ini perlulah diberi perhatian oleh pihak industri supaya persepsi kerjaya sektor ini setanding dengan sektor lain.

Negara mampu melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan terlatih melalui pelbagai institusi latihan kemahiran yang sedia wujud. Sekiranya amalan penggajian sedia ada tidak berubah, dikhuatiri
segala usaha untuk membangunkan tenaga kerja tidak dapat memberi impak dalam sektor pembinaan sebagaimana yang diharapkan

Sumber : CIDB Malaysia

IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE