auto iklan

19 Julai 2012

Prestasi bangunan perniagaan dengan bangunan pejabat

Bagaimanakah prestasi bangunan perniagaan dibandingkan dengan bangunan pejabat, ini persoalan tahun 2008, tapi masih relevan tahun 2012, untuk kaji dan lihat prestasi pembinaan bangunan perniagaan dan bangunan pejabat. Tapi pemaju sekarang ini membina kedua-dua sekali, di mana di bahagian bawah di jadikan perniagaan, manakala tingkat 1 dan ke atas kepada bangunan pejabat.

Pelaburan projek bukan kediaman pada tahun 2006 dan 2007 adalah sebanyak 35.1% (RM
20.46 bilion) dan 64.9% (RM28.52 bilion). Nilai pelaburan pembinaan dalam sub-sektor bukan
kediaman merupakan yang tertinggi dengan nilai sebanyak RM14.20 bilion pada tahun 2006 dan
RM13.61 bilion pada tahun 2007.

Kebanyakkan projek-projek sub-sektor ini terdiri daripada
bangunan perdagangan, institutional dan perindustrian. Dari jumlah ini, kompleks perniagaan
menyumbangkan sebanyak 36.3% (RM7.43 bilion) pada tahun 2006 dan 29.3% (RM8.36 bilion)
pada tahun 2007. Sementara bangunan pejabat pula menyumbangkan sebanyak 8.8% (RM1.80
bilion) dan 9.4% (RM2.66 bilion) pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing (Jadual 5.1).

Mengikut laporan NAPIC bagi separuh tahun pertama 2006, ruang bangunan pejabat swasta
dan komplek perniagaan telah mengalami lebihan penawaran. Secara purata, 57.9% bangunan
pejabat dan 38.9% kompleks perniagaan telah dipenuhi. Dari jumlah 10.6 juta meter persegi
ruang bangunan pejabat, 21.1% telah didiami, manakala 12.0% dari 172 bangunan pejabat
didapati mengalami kekosongan melebihi 50%. Dari jumlah 7.5 juta meter persegi ruang
komplek perniagaan, 19.7% telah didiami manakala 12.0% dari 83 kompleks perniagaan
mengalami kekosongan melebihi 50%. (Jadual 5.2 dan Jadual 5.3).

Secara keseluruhannya didapati prestasi bangunan pejabat lebih baik berbanding bangunan
kompleks perniagaan. Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis hartatanah ini menghadapi
pasaran yang tidak menggalakkan.


IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE