auto iklan

Jan 14, 2014

Industri binaan 2014 bernilai RM115 Billion

Industri binaan 2014 bernilai RM115 Billion IBS 2014
Industri binaan 2014 bernilai RM115 Billion. Tren dalam industri binaan 2014 akan meningkat lebih pesat, Pihak kerajaan dan swasta akan terus melabur membangunkan projek projek besar dan secara tak langsung akan meningkatkan tren industri binaan negara ini

Menurut Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata industri pembinaan dijangka memperoleh projek bernilai RM115 bilion pada 2014.  

Tahun lepas, jumlah projek yang diperoleh bernilai RM120 bilion, melepasi sasaran RM95 bilion, kata Judin.

"Prestasi industri pembinaan sangat baik tahun ini, berkembang 18 peratus berbanding tahun lepas walaupun ekonomi global suram," katanya.

Judin berkata trend terkini diunjur berterusan tahun depan dengan ekonomi dijangkakan terus stabil.

"Kami menjangkakan sebahagian besar projek tahun depan disumbangkan oleh projek pembinaan bukan kediaman.
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE