auto iklan

14 Januari 2014

Sistem binaan IBS untuk Tempat Letak Kereta DBKL

Sistem binaan IBS untuk Tempat Letak Kereta DBKL
Contoh sistem parking bertingkat guna IBSsystem
Sistem binaan IBS untuk Tempat Letak Kereta DBKL. Bagi meningkatkan prasarana di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, pelbagai usaha kini sedang giat dilaksanakan seperti projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang menggunakan Industrialised Building System atau IBS System. Selaras dengan itu, satu Majlis Acara Pemasangan 

Komponen IBS System telah diadakan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada 8 Oktober 2013 (Selasa). 

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan berkata, sistem atau kaedah pembinaan ini dihasilkan dalam keadaan terkawal iaitu sama ada di kilang atau di tapak bina. “Objektif pelaksanaan kaedah IBS ini antaranya adalah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan rekabentuk, mempercepatkan tempoh pembinaan serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing ke tahap 15%,” katanya lagi.

Pemasangan komponen IBS System bagi projek pembinaan tempat letak kereta Taman Botani Perdana ini dimulakan pada Oktober 2013 dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2014.
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE