auto iklan

Jan 6, 2017

CARA BINAAN RUMAH GUNA BATA INTERLOCKING IBS


CARA BINAAN RUMAH GUNA BATA INTERLOCKING IBS.Kaedah Pembinaan
Batu Bata Interloking

  1. Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batu bata interlok, saiz bata 100t x 150l x 250 p. Lukisan kerja (working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.
  2. Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapak bina berdasarkan pelan.
  3. Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus. biasa asas konkrit slab yang di cerucuk ikut keadaan tanah. jika tanah tambun elok di piling bawah slab konkrit
  4. Memasang lapisan bitumen atau nak murah hampar plastik upc biru bawah brc sebelum konkrit slab
  5. Memasang lapis tar sebelum pasang bata, 
  6.  Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.
  7. Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter atau 10 lapisan batu bata.
  8. Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1 meter tinggi (menegak) dinding.
  9. Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.
  10. Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...
  11. Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.


Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusun pasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.

Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.

Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.





VIDEO CARA PASANG BATA INTERLOCKING ,




TEKNIK LAIN
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE