auto iklan

Jan 18, 2012

Bahan binaan dicemari radioaktif

Bahan binaan dicemari radioaktif. Kerajaan Jepun akan menyiasat bagaimana apartmen yang dibina Julai lalu dengan bahan binaan dicemari radioaktif, kebimbangan terbaru dalam negara yang berdepan dengan krisis nuklear.

Akhbar Japan Today melaporkan, tahap cesium radioaktif dikesan sehingga 1.24 microsievert sejam di bangunan di Nihonmatsu, wilayah Fukushima, 55 kilometer dari loji nuklear yang terjejas, kata pihak berkuasa tempatan.

Media melaporkan, 12 keluarga tinggal di apartmen itu. Kondominium tiga tingkat itu dibina dengan konkrit daripada kerikil yang diambil dari kuari berdekatan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi April lalu, sebulan selepas ia melepaskan radiasi ke udara dan laut.
Kuari terletak di pekan Namie, yang berada 20 kilometer di zon larangan sekeliling loji kuasa nuklear. Unsur cesium dikesan dalam konkrit diperbuat daripada batu yang berlebihan di kawasan kemudahan itu. – Agensi.
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE