auto iklan

Jan 3, 2012

MRT bermula Jun 2012

MRT bermula Jun 2012
MRT bermula Jun 2012

MRT Sungai Buloh-Kajang di jangka bermula Jun 2012. Menurut Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Kwan Foh Kwai, MRT Sungai Buluh Kajang dijangka akan merancakan Industri binaan negara ini. Ia akan memberi penawaran luas dalam bidang pembekalan tenaga kerja dan bekalan perkhidmatan dan bahan binaan.

Dato Seri Najib telah melancarkan MRT ini pada Julai 2011. Sempena pelancaran itu, satu pameran akan diadakan, yang antara lain, menjejaki sejarah sistem pengangkutan awam di negara ini dan maklumat terkini tentang projek MRT.

MRT ini merentasi laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang dengan melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras, yang terkenal kerana kepadatan penduduknya, MRT merupakan projek prasarana terbesar Malaysia dan projek terbesar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).

Apabila siap sepenuhnya pada 2016, MRT akan memberi kemudahan kepada lebih 10 juta penumpang di Lembah Klang dan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Lembah Klang dijangka beralih menggunakan pengangkutan awam.

Prasarana dilantik sebagai pemilik MRT, manakala SPAD diberi amanah sebagai penyelianya.

Pelaksanaan projek ini diumumkan Perdana Menteri pada Jun 2010. Ketika mengumumkannya, Najib berkata projek ini perlu dilaksanakan untuk memperkemaskan prasarana pengangkutan di ibu negara dan menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya saing daripada segi ekonomi di peringkat global. – BERNAMA

IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE