auto iklan

Jan 3, 2012

MRT Manafaat Kepada 10 Juta Pengguna

MRT Manafaat Kepada 10 Juta Pengguna
MRT Manafaat Kepada 10 Juta Pengguna
MRT Sungai Buluh Kajang dijangka siap 2016 dan beroperasi pada Januari 2017 akan memberi manfaat besar kepada lebih 10 juta pengguna di Lembah Klang apabila mula beroperasi kelak.

Penyediaan sistem MRT adalah projek prasarana awam terbesar dilaksanakan kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang dan dapat memberi faedah sangat besar kepada ekonomi negara serta rakyat secara amnya.

“Malah, ia menandakan pencapaian penting dalam sejarah negara kerana bakal menjadi pemangkin untuk merealisasikan aspirasi menjadikan ibu negara sebagai antara 20 bandar raya paling sesuai didiami di dunia selain berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya sebelum melancarkan projek itu di sini, semalam.

Pada majlis sama, PM turut mengumumkan penjajaran muktamad bagi laluan sistem MRT sekali gus menyaksikan kerja awal bagi jajaran SBK bermula dengan kerja pembersihan tanah di tiga lokasi iaitu di Sungai Buloh, Semantan dan Cochrane, manakala kerja sivil hanya akan dimulakan menjelang November ini.

Kos MRT

Projek berharga RM40 bilion itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pertengahan tahun depan meliputi laluan ke Serdang, Cheras, Kepong, Damansara, Subang Jaya dan Puchong.

Panjang Laluan

Menurut sumber Kementerian Kewangan, sepertiga daripada rangkaian rel sepanjang 150 kilometer itu akan dibina di bawah tanah.

“Ia menawarkan perkhidmatan lebih mesra pengguna, sekali gus membolehkan penumpang membuat transit antara stesen dengan mudah kerana memiliki penambahan jaringan rangkaian lengkap membabitkan perkhidmatan kereta api antara bandar, komuter, monorel, transit aliran ringan (LRT), Ekspress Rail Link (ERL),” katanya, semalam.
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE