- Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra.
- Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
- Elak menggunakan kertas dinding secara menyeluruh dan bercorak padat. Jika perlu hanya gunakannya sebagai garis sempadan.
- Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi ada kalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.
- Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur.
- Seeloknya anda menggunakan ‘blind curtain’ yang biasanya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang.
- Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah peralatan elektrik di ruang itu.
- Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
13 Ogos 2013
Tips reka dapur yang selesa ringkas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan