auto iklan

23 Ogos 2013

Prestasi sektor pembinaan 2013

Prestasi sektor pembinaan 2013,  Nilai kerja pembinaan pada suku pertama 2013 merekodkan penurunan sebanyak 5.4 peratus suku tahun ke suku tahun kepada RM21.0 bilion. Walaubagaimanapun, peratus perubahan tahun ke tahun mencatatkan
pertumbuhan ketara sebanyak 18.4 peratus (rujuk Jadual 1). 
 
 
 
Carta 1 memaparkan peratus perubahan tahunan (YoY) bagi tempoh ST1 2009
hingga ST1 2013. Seperti yang ditunjukkan dalam carta, sektor ini telah kembali
melonjak untuk mencatatkan pertumbuhan positif selepas merekodkan
pertumbuhan yang negatif pada ST2 2011
 
 
 
Pada suku tahun pertama 2013, peratus sumbangan tertinggi adalah disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam dengan catatan sebanyak 38.0 peratus. Ini diikuti oleh pembinaan bukan kediaman (32.0 peratus), bangunan kediaman (25.8 peratus) dan pertukangan khas (4.2 peratus) seperti yang ditunjukkan di Jadual 2.
 
 
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE