Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis |
Dalam
masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima
tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.
"Sejak
10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk
menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini
malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang
dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.
Mengulas
lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk
membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Bagaimanapun
bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang
diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak
1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.
HARAP SIAP DULU YANG LAMA, BARU BIKIN BARU
HARAP JANGAN PILIH BULU, BERI SAHAJA PADA RAKYAT PERLIS YANG PERLU RUMAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan