auto iklan

Apr 17, 2012

Apa Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan

Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan
Apa Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan?
Kebenaran merancang merupakan diantara proses yang perlu dilalui dalam mendapatkan kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan.

Proses tersebut boleh dilihat seperti di bawah:
  • Kelulusan tukar syarat tanah
  • Kelulusan pelan susunatur (kebenaran merancang)
  • Kelulusan pelan pinta ukur (pre-comp plan)
  • Kelulusan pelan bangunan
Apa Yang Boleh Dilakukan Setelah Kebenaran Merancang Diperolehi?
  • Secara amnya pembangunan boleh dimulakan setelah kebenaran merancang diperolehi.
  • Kebenaran merancang yang telah diluluskan dalam konteks pelan susun atur ialah pelan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Pelan susun atur ini boleh digunakan secara rasmi pihak seterusnya iaitu Jurukur dan Jurubina (Arkitek).
  • Pelan tapak ini diukur dengan memasukkan jarak yang tepat serta bearing oleh jurukur bagi memastikan ianya bertepatan dengan apa yang terdapat pada pelan dan tapak sebenar (pelan pinta ukur).
  • Pelan pinta ukur atau pelan 'pre-comp' akan digunakan oleh arkitek untuk kerja-kerja mereka bentuk bangunan didalam pelan susunatur tersebut (pelan bangunan).
  • Pelan bangunan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan beserta dengan pelan-pelan lain (contoh: pelan-pelan kejuruteraan) yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Kerja-kerja tanah boleh dimulakan dengan memperolehi kelulusan proses-proses tersebut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Pemohon Jika Ia Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan?
  • Pemohon yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan beri kebenaran merancang atau kepada syarat-syarat dalam kebenaran merancang itu boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan.
  • Lembaga rayuan akan menyemak keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu dengan mendengar dari kedua-dua pihak perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Lembaga Rayuan seterusnya akan memutuskan samada mengekal, membatal atau mengubahsuai kebenaran merancang itu.
Tahukah Anda Kebenaran Merancang Yang Diluluskan, Boleh Ditarik Balik Oleh Pihak Bekuasa Perancang Tempatan?
  • Sesuatu kebenaran merancang yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh ditarik balik sekiranya terdapat kepentingan awam yang dibenarkan mengatasinya.
  • Perintah menarik semula kebenaran merancang perlu mendapat persetujuan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerajaan Negeri.
  • Pihak berkuasa perancang tempatan juga berhak untuk merobohkan apa-apa jua bentuk bangunan yang didirikan bagi maksud menarik balik kebenaran merancang [seksyen 25 (4) Akta 172].

Adakah Pemohon Boleh Memohon Kos Pampasan Sekiranya Terdapat Kes Penarik Balikan Kebenaran Merancang?
  • Seksyen 25 (3) (5) (6) Akta 172 memperuntukkan kos pampasan balik terhadap bangunan yang telah memperolehi kebenaran merancang.
  • Sekiranya langkah membatalkan kebenaran merancang telah menyebabkan kerugian pada ianya boleh dituntut semula oleh pemohon dengan kos yang memadai.

TAHUKAH ANDA? Anda Boleh Didakwa Sekiranya Melanggar Kebenaran Merancang?

  • Seseorang yang telah mendapat kebenaran merancang hendaklah sentiasa mempastikan aktiviti pemajuan yang dijalankan adalah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kebenaran merancang itu. Sebarang pelanggaran terhadap syarat itu adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 172.
  • Penyataan mengenai kesalahan-kesalahan ada dinyatakan dibawah Seksyen 26 (1) Akta 172.
  • Seseorang didapati bersalah jika :
    • Memajukan atau membangunkan tanah yang berlainan dengan jenis kegunaan zon tanah yang diwartakan oleh Rancangan Tempatan atau mengubahsuai kelulusan kebanaran merancang.
    • Pemilik tanah yang didapati bersalahan di bawah Seksyen 26 (1) Akta 172, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM 500,000.00 dan tambahan RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak lebih 2 tahun atau keduanya.

    Sumber : http://jpbd.perak.gov.my

IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE