auto iklan

Apr 17, 2012

Kebenaran Merancang Mengikut Akta 172

Maksud Kebenaran Merancang Mengikut Akta 172

  • Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) mentafsirkan Kebenaran Merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
  • Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika Kebenaran Merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
  • Pada amnya “kebenaran merancang” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]

Sumber : http://jpbd.perak.gov.my


IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE