auto iklan

15 April 2012

Ciri-ciri dalam rekabentuk bangunan

Klik untuk besarkan

Ciri-ciri yang perlu ada dalam rekabentuk bangunan. Bangunan yang menarik dan selesa bukan boleh di buat sebarangan, ia perlu mengambil kira perbagai faktor dan elemen rekabentuk dan elemen alam sekitar. Jangan kerana ada wang, bangunan di bina.

Ciri-ciri rekabentuk bangunan yang baik
  1. Rekabentuk bangunan mesti mencerminkan atau mempunyai ciri-ciri identiti dan imej yang ditetapkan.
  2. Rekabentuk bangunan di persimpangan atau bangunan-bangunan penting seperti bangunan institusi utama mestilah mempunyai ‘strong sense of character and identity’. Rekabentuk moden yang keterlaluan tidak digalakkan dan bentuk bangunan seperti kotak perlu dielakkan.
  3. Rekabentuk bangunan baru mesti mengambilkira bangunan bersebelahan dan persekitaran bagi mewujudkan kesinambungan dan keharmonian di antara bangunan. Rekabentuk haruslah ‘sympathetic’ terhadap pembangunan sedia ada di lot bersebelahan dan perlu mengambilkira ciri-ciri fizikal dan sosiobudaya setempat.
  4. Rekabentuk bangunan perlu mengambilkira keperluan golongan kurang upaya dan golongan cacat.
  5. Bangunan baru hendaklah dibina dan direkabentuk agar tidak menghalang pemandangan dari bangunan sedia ada ke sekitar kawasan terutama ke kawasan jalan utama, kawasan lapang, sungai, laut dan kawasan hutan.
  6. Bangunan baru hendaklah mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang akan memperbaiki pemandangan sekitar sedia ada atau menyumbang kepada pemandangan baru yang lebih menarik.
  7. Bangunan baru perlulah dibina dengan mengambilkira keadaan sekeliling dan rekabentuk bangunan sedia ada di kawasan sekitar.
  8. Rekabentuk bangunan hendaklah menitikberatkan aspek visual dan fungsinya dengan kawasan dan bangunan sekitar.
  9. Bangunan tinggi yang terletakbersebelahan ruang pejalan kaki dan kawasan lapang hendaklah mempunyai bukaan-bukaan, rekabentuk menarik dan friendly kepada pejalan kaki.
  10. Rekabentuk fasad hendaklah menarik berdasarkan konsep senibina yang berkaitan dengan sejarah dan budaya tempatan.
    Peralatan tambahan seperti penghawa dingin tidak dibenarkan di bahagian hadapan fasad bangunan

Sumber : MBI.Gov.my


IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE