Harga kalau KL memang tinggi. Faktor lokasi, jenis rumah menjadi faktor utama harga sewa rumah tinggi. Kalau dekat pusat bandar memang harga sewa rumah tinggi. rumah teres 500 sebulan, flat 450 atau 400, kondo antara 600 hingga 1200 , mungkin lebih. Kalau di perlis harga pun naik 350 hingga 500 sebulan,
Kepada penyewa kena buat penjanjian dengan tuan rumah, berapa sewa sebulan, ini memastikan harga sewa tak dinaik sewenang-wenang di bulan berikutnya. Berbincanglah dengan ikhlas agar tuan rumah dan penyewa rumah capai kata sepakat.
Contoh Perjanjian sewa
*CONTOH!!*
PERJANJIAN PENYEWAAN
PERJANJIAN ini dibuat pada ____________________ 2012 di antara ------------------- (NO KP:-----------) yang beralamat di No.................................. Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan ............ .(NO. KP: ........ yang beralamat No. ....... ALAMAT SINI........... di pihak yang lain.
YANG
MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis ............... ALAMAT RUMAH SEWA (dirujuk sebagai Premis)
DAN
YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan
kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan
tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.
PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-
1.
Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh
sewaan selama 2 tahun bermula ___ haribulan __________ dan berakhir
pada _____________ dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah
RM600.00 (Ringgit Malaysia: ENAM RATUS SAHAJA) dibayar
hadapan tanpa dituntut sebelum atau pada setiap 3 haribulan kalendar
yang mana bayaran pertama dibuat sebelum atau pada 3 HB , sekiranya bayaran tersebut belum dibuat.
2.
Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM1,200.00 (Ringgit
Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan
jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap
syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian
ini. Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang
dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan
bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang
cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.
3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM300.00 (Ringgit Malaysia: TIGA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik, air dan kad capaian ke atas Premis, sekiranya wang tersebut masih belum dijelaskan. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian.
4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;
4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;
4.3
semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premis berada di dalam keadaan
yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaikpulih
mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan dikecualikan) atau
membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah
sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;
4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;
4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;
4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;
4.7
tidak membenarkan atau membiarkan apa-apa perlakuan menyebabkan
perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis
terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang
menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan
dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos
tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;
4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;
4.9
tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa
mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut
tidak dinafikan secara tidak munasabah;
4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan
4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;
5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
5.1
menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan
lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan,
kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di
dalam perjanjian ini;
5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.3
memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan disebabkan
kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa
yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan
5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.
6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-
6.1
sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan
tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (sama ada
dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat
dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil
semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis
yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan
gantirugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan
tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;
6.2
sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk
dihuni disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak
mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan
tempoh baikpulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni
(inhabitable);
6.3
Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta
Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka
alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luar jangka;
6.4
Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara
bertulis dan serahan notis kepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada
melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang
diketahui;
6.5
Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum
tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh
penamatan;
6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;
6.7
Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai
stem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan
6.8
Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk
penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak
tersebut.
ADALAH
DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian
pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.
BAHAWASANYA,
saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk
menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala
syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Rumah:
.............................................. ............................................
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
AYAT DI ATAS ADALAH CONTOH SAHAJA, ANDA BOLEH UBAHSUAI, MANA YANG PERLU
Apa komen anda, silakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan